Waktu solat

Tuesday, 10 January 2017

Bukan BENCI tapi SAYANG

Assallamualaikum dan Selamat malam. Alhamdullilah, masih diberikan nafas kan untuk menikmati segala keindahan ini? Ucapkan sedikit terima kasih.Buktikan anda adalah manusia yang masih punya hati. Jika sudah terdetik di hati, bagus la. Sahabat, seringkali kita akan di uji dalam kehidupan ini. Itu bukanlah bererti manusia itu kalah dalam pergembaraan dunia. Harus diakui bahawa cabaran dunia bukan hanya mampu membina kerjaya dan kehidupan sempurna, tapi lebih dari itu wahai insan. Pada saat hatimu merasa jauh dari tuhan mu itu bermakna kekasih yang satu itu sedang mengetuk tangkai hatimu untuk merasai kerinduannya. Ya! Manusia itu sifatnya lalai. Harus bersendirian seketika dan renung kembali dimana diri anda.

Bagi seorang insan yang beragama islam, solat itu sebahagian daripada iman. Itu kata orang bijak pandai. Bila direnung kembali, kata-kata itu benar sahabat. Apabila seorang insan itu lupa untuk menyembah dan memberi puji-pujian keatas penciptanya. Tanpa sedar diri kita sedang perlahan-perlahan menjauh darinya. Allah s.w.t sangat pengasih akan hambanya. Dititikkan sedikit rasa keatas setiap hambanya cuma kita saja yang kadangkala buat-buat tak faham. 

Setiap manusia itu akan ada satu ketika dia akan tersentap seketika apabila ditegur secara segaja ataupun tidak. Sama ada dari sekeping gambar, secebis ucapan atau pun pandangan mata. Hati ini sifatnya sensitive. Walau sekasar apa seorang wanita itu atau se ego apa lelaki itu, jauh di sudut hatinya pasti tersimpan sedikit rasa lemah lembut dan penyayang. Sahabat, tahukah anda sebenarnya rasa sayang yang tak ternampak dimata tu adalah anugerah Allah s.w.t yang paling bernilai.

Sahabat, seburuk apa perilaku kita selama hidup dimuka bumi ini. Sejahat apa perbuatan kita pada pandangan manusia dimuka bumi ini. Sebenci apa mereka pada kita bahkan sejauh mana sekalipun rasa benci itu dilempar. Ingat satu hal yang pasti, allah s.w.t itu maha pengampun. Kasih sayangnya melangkaui rasa benci manusia bahkan melangkaui rasa amarahnya apabila hambanya benar-benar menyesali apa yang selama ini di sia-siakan. 

Pandanglah pada sejadahmu yang tersusun tak berusik.
Lihatlah pada putihnya telekung solatmu itu,
Renunglah kitab suci Al-Quran diantara buku-buku ilmiahmu,
Tanya hati? Tanyakan pada akal warasmu. 
Berfikirlah sejenak sampai bila diri ini jauh dari Allah s.w.t
Tidak malu! Masih sombong! Tiada sedikit rasa insaf!
Jika demikian, pejam seketika mata mu.

TOLONG INGAT SATU HAL.
Apa?

MATI 







Tuesday, 5 January 2016

MP DALAM SEBUAH PERJALANAN

Assallamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdullilah, akhirnya laptop MP da ok. Yeahhh, alhamdullilah la kan, susah tau nak buat kerja bila semuanya terbantut dek masalah laptop yang buat onar. Apa boleh buat MP bukannya tau sangat bab repair2 ni. 

Terima kasih pada sahabat2 yang masih sudi menjengah laman DUNIA PENA. Insyaallah, MP akan update ilmu2 yang boleh kita manfaatkan bersama yep. 

Namun untuk malam ni, MP nak lari sikit dari sharing info2 boleh kan :) , hehehe. 

Kali ni MP nak share beberapa kenangan2 yang hampir terlepas untuk MP simpan di DUNIA PENA. Kadangkala kesibukan menjadikan MP asyik tertangguh berceloteh di sini. Tapi, walau sesibuk apa sekali pun. MP sering mencari kesempatan untuk mencelah masuk. Sebenarnya tengah fikir2 jugak la kan, dari mana MP nak bercerita. Ahahaha...tu la lama sangat tak update, lupa apa yang nak dikongsi. banyak kot.

Ok la..mari kita tengok..hehe


Ni masa kecik, dalam umur 6 tahun macam tu la kot...hehe. 

Hermm...mula dari sini je la. Seorang budak comot...kasar dan lasak. Namun punya juga ciri2 ayu-kayu gitu...haha. 

Bawah ni, pic da besar sikit. Masa ni derjah 6. Kalau tak silap..baru lepas habis exam UPSR ni, ready menunngu giliran nak naik bas nak pergi lawatan sekolah. Ye la kan, da penat perah otak berperang dengan paper so turn rest la pulak sebelum bercuti panjang menunggu tahun baru.

Kenagan lama sering menimbulkan kelucuan kan. Biasa la muka budak-budak.

Korang pun mesti sama gak kan... :P


Ok, yang ni pulak masa tingkatan 3. Memang tengah kemuncak akif bersukan la ni. Pelari jarak jauh dan sampai sekarang masih berlari tapi dah kurang la dengan event larian. Penat, dah rasa berat tulang belulang la...hehe.

 Tapi bila tengok kawan2 duk join event larian. Rindu pulak. Ni pic 2009 kalau tak silap.

Kalau budak-budak sekarang, derjah 6 tu da bermekap bagai kan. Ini la bezanya orang-orang dulu dengan budak-budak sekarang, cehhhh...macam la tua sangat.

Hahahaha... MP.....MP..

Apa lagi...tu next pic la...tuh yang duk berdiri tegak. Bukan kena denda la, dapat medal tuh..

Pasukan rumah hijau always berikan persaingan yang sengit pada pasukan lain. Hehe..seronok juga kan, femesssss gituhhh pi mana2 cikgu kenal..

Amboi...bukan main lagi kan...ahaha. Jangan mengutuk...kah2

Bab kasut tak payah cakap la...asyik tertanggal tapak je..habis ganas sangat. Hahaha..apa yang best jumpa boys hensem2 bila training..haha.




Ok next, next....hehehe

Haa.... tuh, bawah tu. Time khusus untuk persediaan exam SPM 2011. 

Masa ni...sukan2 da slow da, bukan pancen tapi fokus pada exam SPM la pulak kan. Tapi tak aktif sukan kita aktif berpidato, syarahan, sajak, syair, menulis cerpen dan bukak mata dengan dunia blog pulak.

Sempat jugak persiapkan diri dengan seni pertahankan diri ( tekwando) meskipun separuh jalan. Tak pernah mengecewakan, alhamdullilah.


Ni masa tingkatan 6, happy betul. Hampir final year da pun. Bila habis tingkatan 6 masing2 mulai ikut haluan sendiri namun masih saling bertanya khabar hingga ke hari ini. Alhamdullilah la kan.. Kenangan yang takkan kembali, semoga ikatan persahabatan kekal ke akhir hayat.

Damai sungguh berada di tepi pantai, suka MP dengan pantai. Anginnya..bunyi ombak yang mehempas gigi pantai. 

Tergiang-ngiang pulak di telinga...


Ok, yang berbaju merah itu MP. Hari akhir kerja...bersempena pulak dengan sambutan hari raya. Aishhh... bila menjadi pandangan mata-mata sekeliling risau pula. Yea la kan....comel kot. Hahaha, perasan...takde la gurau je. Mana la tertarik menariknya..tapi kan time ni memang MP sangat la bersifat profesional. Kerja ofis kan, kalau kira MP ni bukan jenis yang berfesyen tapi memandangkan kerja di sebuah syarikat besar. Faham-faham la yea... tak boleh tunjuk perangai kasar-kasar..ahaha.

Pengalaman indah ketika bersama mereka. Begitu banyak pengalaman baru MP dapat.

NEXT...NEXT...




Bila da habis zaman sekolah. Merasa zaman kerja seketika dan kini kena move on lagi. Melangkah la MP ke zaman universiti pulak. Jejak menara gading la orang cakap.

 Dalam susah payah berusaha, alhamdullilah hasrat hati ini menyambung pelajaran dan tunaikan keinginan ayah dan ibu tercapai juga.

 Mereka ini adalah kawan-kawan baru MP di sini, namun sahabat lama masih dalamhati. Ketika ini, kami dalam satu kem pendidikan luar. Kumpulan yang best.

Kenangan paling best saat ni. Mulai detik itu jugak, MP teringat kembali mana diri MP yang aktif dulu..so start aktif balik dengan dunia outdoor. Thank pengalaman,sebab sedarkan MP.


Ni geng MP yang always ada di belakang. Walaupunkami datang dari latar belakang yang berbeza tapi semangat geng tetap utuh. Alhamdullilah. 

Mana MP? Nak tahu kea...hehe

Ada je kat barisan teguh berdiri ha...hehe. Berseluar merah tu,dua dari kiri tu la MP. 

Gambar bawah ni adalah mahasiswa dan mahasiswi dari course psikologi sukan. Dari program MP, fakulti sains sukan &kejurulatihan. Batch Zircon.. MP di barisan paling belakang tujuh dari kiri.

Rasanya da banyak kan MP bercerita malam ni, kalau mahu di tunjuk memang takkan habis apatah lagi kalau nak diceritakan satu persatu.


Perjalanan akan diteruskan lagi. Insyaallah, jumpa MP di lain waktu yea.

Assallamualaikum, dan selamat malam sahabat MP semua. Semoga malam anda tenang dan mendamaikan.

BYE...

Tuesday, 29 September 2015

APA ITU CINTA

Banyak cerita melayu hari ni asyik berkisah soal cinta. Cinta.. Cinta..Dan cinta. Hermm.. Ini yang buat MP pun cair juga. Copss..Apa ni, ahh..ini semua pasal tengok drama melayu la banyak sangat. Allahuakhbar..

Assallamualaikum warahmatulallah dan salam bersaudara. Terima kasih tau sebab sudi menjengah lampaian unsang MP ini. Lama suda tidak berbicara tentang benda alah ni kan. Pejam celik pejam celik, rasanya da cukup umur kot nak cakap pasal C..I..N..T..A. Ok, cuma berbicara ya. Hal MP di dunia realiti  tidak di dalam pakej ini OK. 

Berkisah soal cinta dan sejujurnya, tak ada seorang pun yang boleh mentafsirkan maksubnya yang sebenar dan tidak ada seorang insan pun di dunia iniyang dapat menyangkal akan kehadiran CINTA. Terlalu asing kan, manusia di lahirkan dengan rasa dan belajarlah untuk mensyukurinya wahai manusia. Beruntungnya kita kan, tiada harga bayaran tunai pun yang perlu di lunaskan. Betapa pemurahnya Allah s.w.t dan betapa nikmatnya rasa cinta bila ianya datang menyapa. Namun kadangkala, kita tidak lari dari sifat alpa dan tamak. Alpa dengan pemberiannya hingga lupa mengsyukuri segalanya. Tamak dengan rasa bahagia yang telah pun di miliki hinggakan sanggup memintanya lebih. 

Dimana nilai cinta yang sebenar. Waallahualam.. tanya hati jawab lah dengan akal yang bijaksana. Cinta pula bagi MP cuma membawa satu maksub. Iaitu RASA YANG SEMPURNA. Kenapa? Sebab hakikatnya bila di fikirkan sedalam-dalamnya, ianya tidak lain tidak bukan adalah suatu rasa di dalam jiwa yang sangat senpurna dan takmampu diungkapkan dengan kata-kata. Kehilangan cinta mengubah segalanya. Cinta itu sesempurna kejadian manusia. Usah di rumitkan dengan berbagai penyampaian dan makna.

Kita melihat pelbagai keadaan dan perlakuan. Yang cantik dengan yang biasa-biasa pasangannya. Gemuk dengan kurus. Kaya dengan miskin. Ayu dengan kasar. Sado dengan sekeping. Hehe... Inilah mata. Cinta itu sememangnya aneh datang dengan pelbagai cara dan bentuk. Cantik itu pula berbeza pada setiap pandangan mata manusia. Cinta menyelit di antaranya. Ada sahabat berkata bergambar dengan pemandangan alam yang indah lebih seronok dari bergambar dengan seorang awek cantik. Yep, Itu salah satu pengakuan cintanya terhadap alam dalam diam. 

Dalam satu kajian yang di jalankan oleh pengkaji luar negara. Di dalam artikelnya menyatakan bahawasanya "Cinta itu tidak akan kekal lama. Setelah empat tahun rasa cinta akan berubah sedikit demi sedikit dan akhirnya kosong". MP tidak mengakui ianya betul 100% OK. Mungkin ada sedikit yang betul. MP bagi 4/10 la. Takde markah bintang yea..sebab bukan akademi fantasiooo ataupun bintang mencari bintang. Hehehe..

Mencintai itu mungkin suatu yang menarik apatah memiliki rasa sayang. Namun untuk setia dengan rasa yang sama, hati itu berkali-kali tidak kekal. Mencintai la kerana allah kerana sesungguhnya dia la pemilik mutlak kepada setiap hati. Meminta dan berharaplah padanya, insyaallah jiwa mu tidak akan pernah kosong.

Hermm... nampaknya penulisan ini MP akhirkan sampai sini saja OK. Insyaallah, jika ada kelapangan di lain masa MP berbicara lagi. 

Assallamualaikum dan sekian.



Thursday, 17 September 2015

XPDC KAYAK SEA LANGKAWI-KUALA PERLIS

Assallamualaikum dan salam sayang pada sahabat2 semua. :D

Syukur, tergerak juga tangan ini menyentuh keyboard malam ni kan. Cehhh... sekali update. Nah, ambik kau...haha. Ok la tu, setelah lama tak menghidu bau laut dan menyentuh buih-buih ombak yang membias ke gigi ombak.. akhirnya..akhirnya, jejak juga. Alhamdullilah. 

Kali ni MP terasa seperti terbang di tengah-tengah kelompok manusia,mencari rasa bahagia dengan bersahabat dengan mereka. Perjalanan MP agak panjang...hehehe. Dari Tanjung Malim ke Kl Sentral dengan ktm..bertemu la dengan sahabat maya...cehhhh, ewahhh...haha. Dari jauh MP pandang aje, lagak macam nk cari gaduh pun ada..bila dekat nampak logo tentera,ku sengih gigi ku yang putih..haha(sangatttt). Nampak sangat takut, kan kantoi penakut buat biasa2 aje. Bila selidik, fuh...not army lorrr...tapi ini orang kaki renang...MP sendiri pun kalau mintak renang...karam di lautan.. xlarat.

Nak di jadikan cerita, MP salah info terlajak lrt ... kih kih kihhh...habis MP terangkut-angkut sekali dengan si Don ni ha... habis la makkk, apa la... buat malu je. MP ingat turun di Pudu, si Don cakap Plaza Rakyat. Sekali terlajak semua trus ke Chan Siew Lin. 

Kuala Lumpur kadangkala menakutkan, lorong-lorong gelap dan sempit, membuatkan langkah sangat teratur seperti tersusun masuk ke gelanggang pertandingan. Bag, yang entah apa MP isi mula terasa berat. Perjalan dr pelosok Perak membuatkan badan sedikit penat. Namun, bila lihat sahabat sebelah dengan muka selamba badak je terus semangat ( dalam hati : mahu tak steady si don begnya kecik dan ringan). 

Setelah sampai di tempat yang di janjikan, kami bertemu dengan insan lembut se ayu -ayu... kami gelar mama sado ;D . Haaa... jangan terkezutttt kalau MP cakap ini otai kayak, hmmmm... muka salalu masuk paper. Bila di kenalkan dengan sahabat-sahabat se angkatan yang lain, muka suda pucat sebiru air laut.... kecik pulak rasa bila yang datang semua nampak hebat2. Nak di jadikan cerita lagi, hehe.

 Jangan marah ha.... ada insan tanpa sedar sebenarnya follow dari mula2 kami semua naik bas lagi. Fuhhh... abg tegap ni kan... terasa kayu tau bila kelompok kami yang kecik ni tersedar ada orang follow tanpa tahu siapa dan bila di selidik rupanya satu team XPDC. Hahahaha... sempat kena bebel dari mama sado jap..hehe. Marah2 manja...alalala....

Kami bergerak dengan feri. Bermula la pertemuan dengan kaki2 SELFIE... yang jika mahu di sebut satu2 bikin kering air liur, hahahaha. Meskipun kami tidak mengenali antara satu sama lain tapi kami seperti sebuah keluarga semut yang begitu mesra dan saling menjaga. Bilangan kami yang agak besar tidaklah membuatkan ingatan MP mampu menyebut satu2 nama, tapi insyaallah...jika berjumpa di depan boleh lagi mintak belanja makan..haha. Kami menginap di pusat perahu layar Langkawi pada hari pertama. Sangat bermuka tembok..yea la, masing2 masih tidak begitu kenal dan mulai mencari akal bagaimana mahu terus menjadi kelompok yang bersatu padu demi matlamat yang sama.


Mau tau lagi kaa... panjang suda. Okey la kita sambung cerita. Nak di jadikana cerita la kan, MP ni tertiba pula berubah jadi kaki bergambar. Naya betul abang kamera dan termasuk abe kemera pink..hehe. Ye la, tak sudah-sudah kena masukkan muka MP dalam kemera kan. Ahahaha..., dari ayu-ayu jadi tak ayu suda pasal asyik dengan selamba badak nya menyelitkan badan dengan ketinggian yang  tinggi ini dalam kemera diorang. 

Banyak betul kenangan dengan diorang sebenarnya dari kes henfon ni masalah sampai la jadi mangsa bahan masa bermalam di Selat Panchor. Henfon lama biasa la nasib tuan nya tak lama, hehe. Nak di jadikan cerita lagi sekali, henfon MP terjatuh ketika mau solat di Masjid besar di Kuala Perlis. Melarat la sampai naik feri hinggalah ke jeti Kuah. Terima Kasih kat abang kemera gopro yang sorang tu, pandai pulak main pasang-pasang beteri fon MP dari da mau angkat beli fon baru sampai la tak jadi. Hehe, mahu tak sayang henfon ni setia kot.. Jatuh bangun kami berdua bersama. Ewah... bersayang-sayang pulak.

Kita tunggu orang bagi henfon percuma kot bernasib baik macam akak amoi..hehe. Jangan marah ha, rezeki lebih. Alhamdullilah kan... :) 

MP  berkenalan dengan seorang hamba allah ni, fuh gaya dia macam koboi sangat. Dalam hati, ini kalau berkayuh di tengah laut ni ada juga karam nih. Tapi kan masim juga niat hati ni eikk... mahu tak memang kitaorang mengelarkan dirinya si koboi cuma kali ni tak bawak kuda bawak pendayung. Haru betul...perkenalan kami semua, pelbagai gaya dan situasi. Kumpulan kecik kami petang di hari pertama dengan semangat waja pergi mandi air terjun.

 Cihhhsss..., MP yang sehelai sepinggang ni merelakan tangan merembat sehelai seluar rm15 tau...terbakooorrrr duit beli seluar semata-mata mau mandi air terjun. Tapi tak rugi sebenarnya,bab mandi la sebab MP kaki mandi air terjun tapi bab terbakor duit...yepppp..adussss!! Hangus..tu la main terjah masuk van je tak pikir sehelai sepinggang.

Bermacam rupa dan gaya ada semasa mandi..ada yang mengelongsor terus dengan hati yang tak rela pun ada. Ada yang terpijak kaki, tertolak... ter rendam henfon "Apple" pun adoooo... Haru betul. Hubangan kami menjadi rapat dan ini satu perkembangan yang baik, di dunia "outdoor". Ke esokkannya kami berkayuh ke Selat Panchor. Berkayuh di dalam renyaian hujan menjadikan suasana hening dan sesejuk curahan air terjun kecil di tapak perkhemahan kami. Malamnya kami mengadakan sedikit jamuan BBQ.

 MP, tunggu makan je. Teruk MP kena buli mana tak nya mentang-mentang kita kecik. Akalan MP punya la mau kenakan diorang balik. Tup-tup, MP yang kena..aduss..rosak program. Di selidik macam pergi temuduga.

Si koboi duk bermain dengan lampu berjasa MP. Mentang-mentang, lampu LED la kan terus  buat lampu kita macam pedang yang dalam filem "Starwars" tu. Apa da... tersenyum aje. Malam tu kami semua besantai di ground fly milik Tuan tanah yang MP gelar namanya.  Orang hospital OK. Cukup la dengan doktor yang sangat cun import dari Seremban tau,...miaww..haha. Trade mark cikgu Math kita...haha, cikgu...dulu MP selalu dapat cikgu math yang garang tau..yang ni manis dan lembut aje...psiko kita sangat. Nasib takde buku math kat depan...haha.

Dalam ramai-ramai paling suka mengusik.. ada la sorang awek comel tu. Mintak kita bela dia,haha..lawak pulak bila cemburu dengan kucing. Kucing hanya menumpang tempat berteduh dan MP menumpangkan dia atas dasar ihsan tapi akak menumpang tempat di hati MP ni ha...mana boleh samakan kawan-kawan kesayangan MP dengan haiwan. Sayang korang sangat-sangat. Harap kamu semua tidak akan pernah melupakan MP. 

Siapa lagi eik...haa... cikgu BM. Hahaha, ni geng kaki mengusik juga nih. Sabor aje la... Siti...siti...siti... Ewah dah melekat suda di otak MP.  Tak kurang juga dengan "pocahontas" pun kaki menyakat juga. Riuh betul sampai kumpula-kumpulan lain pandang-pandang. Harap tumpang seronok bukan sebaliknya la... Kes buli adik ambik ayam... menjadi punca MP di soal siasat, kes terkantoi menyanyi... aduhai...pandai betul diorang dah puas dengar baru habak mai na....cissss... :')

Cerita kedai pasir berdengung....haha, mmm... hehe. Kes munculnya "kopi sembur" kes "apam gedik" kes "jelous selfie lawa dalam air dengan budak kecik tu...apa da, selfie sorang tak aci betul. Kes apa lagi eik, kes makan hati! curang sebab dapat partner kayak lain-lain di malam perhintungan. Kes ter kayuh kayak balik ke jeti. Kes tersembam sebab cuai makan luka kaki nasib sado,haha. Kes kena buli main lampu bergerak (lampu neon outdoor sape) nasib la. Kes terbalik kayak. Kes makan kuaci di House Boat. Kes tersangkut dengan bot marin, haha... Kasut air ku. Apa da...hehe. 

Allah hurabbi... Kenangan bersama kalian terlalu banyak meskipun pertemuan kita suatu yang singkat. Rasa rindu, sayang dan kasih yang tersemat di hati mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita. Kita sebuah keluaga semut yang meriah. MP bisa tertawa dengan senang hati. Semoga memori ini akan terus menjadi suatu yang indah selamanya. Wahai kenangan yang suram pergi la bersama sang bayu dan bawalah angin rindu bersama wangian laut yang membiru. Insyaallah.

Assallamualaikum dan salam perpisahan.








DUNIA GUIDE CIK SERI VS MP ( ULU TAMU)

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh.. lama tak review blog....fuhhh...,tiup sikit papan keyboard ni..hehe.  Ok, masih tak berkarat..hehe. Alhamdullilah, rezeki datang membuka ruang perjalanan baru diri MP sebagai seorang guide atau pun dalam melayu nya penunjuk arah.  

Nah... di sebelah kiri ni la risalah campsite. Sila dan jemput datang :) Ada rumah tumpangan jika mahu menyewa dan kalau mau gantung hammock.. Sila kan. Nama contact ada di risalah ini.

Kali ni MP ke ULu Tamu, Batang Kali, Selangor. Syukur,  dapat sifu pun seorang yang sangat baik hati dan paling penting tidak kedekut ilmu. Yesss... get it. Dari cerita abg Angah, iaitu abang angkat dan rakan seperguru ( sangatttt,hehe), abang sham (Sifu) seorang pesara arkitek yang berkhidmat di Jepun selama 16 tahun. Sangat lama kan...sampai dapat isteri pun awek Jepun. Alhamdullilah. 

Perjalanan yang singkat terasa bila terpaksa menjadi guide menguruskan pelanggan dari Singapore buat pertama kali bagi MP la, so...so...good for the best moment.  Bermacam2 telatah MP lihat pada diri mereka, walaupun diorang kurang terbiasa dengan persekitaran hutan di Tapak perkhemahan dan aktiviti yang di jalankan.

 Namun rasa cekal merekamembuatkan pertemuan kami semua suatu kenangan manis. Katanya mau datang lagi...hehe.

Di sebelah kanan ni pic hari kami sebelum diorang semua datang. Halllooo...ha.

Oh, ye.. apa kaitan dengan tajuk di atas. Okey... meh dekat sikit nak citer jangan hadap mata sampai tak berkelip suda..hehe. 

Nama MP di sana di ubah menjadi SERI!! Nahh...da kenapa Seri. Ini semua pasal si Wak... nama betul lupa.. tapi kami mengenalnya Wak kerana dia rakyat Indonesia. Untungnya dia.. pengalamannya bekerja di Malaysia menjadikan perwatakannya dan peribadinya seorang yang berani. Berani? yupp, berani merantau berani melibatkan diri sebagai pembantu kami yang bergelar guide ni. 

Nama Seri menjadi nama panggilan di sana. MP?  Suka nama SERI. 

Kata Si Wak lagi bila MP tanya kenapa mesti Seri. Katanya "Seri melambangkan diri cik yang sentiasa tersenyum dan suka merendah diri. Susah sekali mau melihat gelak ketawa cik tapi bila sudah kenalan sama kami semua.. cik bisa tertawa dan banyak sekali bicara".

"oh yaa, kelihatn berseri-seri" katanya lagi.  

Sambil mulut memakan ulas durian yang terakhir. Lawak betul bila ingat balik. Hehe.. 

Okey la... jom tengok gambar-gambar kenangan di sana lagi... 

Insyallah, kalau ada rezeki dan mau datang ke mari sila :)

Sunday, 24 May 2015

PARAGLIDING TIME AT BUKIT JUGRA_ MP

Assallamualaikum dan selamat malam.. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi datang menjengah halaman MP. Syukur pada allah s.w.t  kerana masih lagi diberikan kesempatan menghirup udara segar dan meneruskan kelangsungan hidup yang semakin indah sebagai pelajar, insyaallah. 

Kadangkala kita sering menyangka bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu. Bahkana sering menidakkan akan kemampuan dalam diri kita sendiri.

Ok la.. kalau tengok pada gambar pun boleh di luahkan dan faham kan. Yes, paragliding iaitu salah satu sukan extrem yang menguji minda dan fizikal seorang manusia normal. 


Kali ni MP mencubanya di Bukit Jugra, Banting, Selangor. Yep, mungkin penduduk sekitar banting ramai yang tahu atau mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa di sini terdapatnya aktiviti sukan .

Jika kita melihat kepada sejarah, Bukit Jugra merupakan salah sebuah tinggalan sejarah yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Di mana dengan kemasyurannya sebagai pusat maritim yang terkenal,dan pernah di sebut oleh Tang Seri Lanang dalam penulisan Salalatus Salatin.

Tempat bersemayamnya Sultan Abdul Samad (Sultan selangor ke - 4). Masih wujud hingga ke hari ni tinggalan pejabat daerah lama, istana lama, istana bandar, makan Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan selangor ke-5) dan pelbagai lagi lah.

Bagi yang meminati sejarah dan mahu menyelongkarnya jangan lupa datang ke sini. Keindahan kampung sangat mendamaikan dan menenangtkan fikiran. 

Sebelum MP jauh bercakap dalam bab sejarah, moh la kita ke fokus utama. Tujuan pos ni sebenarnya nak menjelouskan kamu semua. Kalau terasa mahu mencubanya boleh menghubungi En. Fitri di laman sosial (FB LIFEXGEAR) dan menanyakan langsung berkenaan paragliding dan apa saja yang korang nak tahu. Insyaallah, semuanya tidak menjadi masalah. 

Di belakang ini adalah pilot yang membawa penumpang. Tengok MP pun layan jea, tebang dan ala-ala  macam burung girl2/ Eagle. Para pilot yang membawa penumpang di syaratkan mempunyai lesen untuk membawa penumpang. Cara penerbangan juga ada teknik dan caranya. 

Bagi kaki terjang, aktiviti ini sememangnya di idam-idamkan. Salah seorangnya adalah MP sendiri.  Pengalaman yang sukar di bicarakan dengan kata-kata. Perasaan takut, gemuruh, gembira bahkan suka makin menebal dalam diri. 

Insyaallah, pertengahan bulan 6 ni jika tak ada halangan MP akan tangkapp view yang lagi cantik dan menarik. Angin memainkan peranan penting dalam melakukan aktiviti ini,kerana faktor kuat atau perlahannya angin menentukan pilot boleh membawa penumpang atau tidak.

Ni kes MP antara penumpang yang paling ringan menyebabkan MP orang pertama yang mencubanya. 

Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan En. Mus @ panggilan mesra uncle Mus. Beliau merupakan seorang yang sangat menyeronokkan. Berkawan dan terbang bersama dengan beliau memberikan banyak pengertahuan baru. 





Memandangkan angin agak kurang berangin dengan cantik, tidak la berlama di atas sana. Menikmati udara segar di atas sana agar berlainan. Kelihatan di bawah hanyalah sebesar ibu jari.. ketinggian sekitar 300 meter kaki.

Apa yang lagi seronok ialah melihat semua kawan-kawan yang lain tidak sabar dan teruja saja, memandang MP di atas. Huhuhu.. 

Acah-acah retis kot..hehehe.

Pendaratan di atas padang rumput yang berpasir memerlukan cara dan teknik mendarat yang betul. Semuanya OK!! Syukur :)

Apa-apa pun gambar sebagai bukti. Hehehehe. Selamat tinggal Bukit Jugra, insyaallah nanti kalau tak ada masalah MP datang dengan pemandangan yang lebih cantik.

Sekian. terima kasih.

Monday, 18 May 2015

Doa ketika bangun dari tidur



Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.


Sunday, 10 May 2015

PUSAT PERKELAHAN SUNGAI BIL, KG SLIM, TANJONG MALIM,PERAK.

Assallamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdullilah, kali ni MP muncul dengan artikel yang menarik untuk di baca. Tidak mahu membazir waktu, katakan saja jika pencarian adalah entry tentang kawasan perkelahan bagi kaki mandi sungai mahupun geng explorasi air terjun.

Ok la, MP bagi peta kepada kalian yang da tak sabar-sabar nak pi jejak kaki kat sungai bil ni. Ok.

Bagi yang datang dari KL korang mestilah melalui Tol. Tanjung Malim kan, pandu terus dan belok la ke kiri pada lampu isyarat pertama. Korang akan nampak Uninversiti Perguruan Sultan Idris, kampus lama iaitu tempat MP belajar sekarang. Kemudian akan nampak juga kedai makan Yik Mun.Kedai makan ni... yum-yum...

















Orang cakap sedap pau dia... mai2...singgah pas mandi tu :)




Sebelum jumpa tanda ni, mesti lalu sekolah rendah dan ladang kelapa sawit milik Sime Darby dulu. Ni da sampai..korang akan jumpa papan tanda kampung sungai bil, kg.slim. 


Bersih aje, tak rugi datang dan bayar RM 1 untuk motosikal dan RM2 untuk kereta. Kita macam bayar parking la.. Ok la tu, berbaloi dengan tenpatnya.  

 Hati-hati, jalan agak sempit dan berliku. Penduduk sekitar yang datang ke sini kebiasaannya menaiki motosikal, jadi perlu waspada.


 Bersihkan...Caya la.. tak lagi seperti pada tahun 2010 yang pernah di gambarkan oleh rakan penulis. Alhamdullilah, mungkin para penduduk tempatan sedar akan kelebihan yang mereka punya jadi segala kemudahan di sini dibaik pulih. Buktinya, semakin ramai pengunjung yang datang menjengah.


Pondok tempat makan pun ada, bersih dan selamat untuk diduduki. Boleh sewa RM3 jea..


Kemudahan tandas juga disediakan, bersih dan aman. 




 Tengok, siap ada jual-jual lagi. Bagi yang terlupa nak beli makanan ringan @ jajang masa nak datang tu boleh la singgah beli.  Mak cik yang jaga situ pun baik hati, siap ada makanan goreng-goreng lagi. 



 Ok da ready nak terjun sungai, sebelum tu meh snap gambar papan tanda ni dulu. Bila tengok gambar bunga raya tu teringat pesanan sorang kawan. Malaysia ni banyak tempat menarik, cuma kena rajin teroka baru kau akan sedar bertapa beruntungnya kita masih punya khazanah yang bernilai.

Betul tu betul..

 Nampak macam cetek, hurmmm...jangan sangka ok. Dalam k, MP ketinggian 153 ok tapi paras bahu. Kalau bawa anak-anak jangan terlepas pandang sebab syok mandi.


Batu-batu di sini juga agak licin, jangan semberono je pijak batu di air.

Ada ikan yang sedia menanti di sini, besarnya lebih kurang tiga jari. Sangat seronok bila di beri makan penuh aje datang.  Klau rajin tangkap la..boleh bakar2 sebab isinya sangat sedap.

Tips# pada kaki pancing jangan lupakan jorang anda. MP ni da plan nanti datang lain kali mesti bawak pemanah ikan..hehe.



 Sejuk air hingga ke tulang sumsum. Tapi sebab nyaman dengan flora yang menghijau. Kesejukan tidak menjadi halangan, jernih air hingga ke dasar yang berpasir boleh dilihat.

Sesungguhnya inilah sebahagian nikmat yang tidak akan ditemui di ibu kota dan bandaraya yang sentiasa sibuk dengan manusia.

Jenggah la sebentar dan kamu akan merasai betapa seronoknya.








Nampak tak ikan tu.. Kena cakap nampak sebab kalau korang nampak depan mata lagi seru. Serius akan rasa tak nak balik.














   Makan nasi di atas batu, mendengar kicauan burung-burung. Sesekali ternampak unggas di hujung denai yang berhampiran gigi sungai. Rasa macam kembali ke kampung, ke zaman kita masih kecil.

Jagalah keindahan sungai kita..

 Setelah penat mandi manda. Tiba waktu balik, rasa macam tak nak balik. Azam nanti datang lagi tapi kali ni datang bakar-bakar pulak. Coppp...bukan bakar-bakar tu tapi ber BBQ la. Hehehe.

Pemandangan dari atas jambatan. Di bawah ni ada kawasan yang cetek dan boleh mandi bagi kanak-kanak tapi masih perlu di bawah perhatian ibu bapa.





Pemandangan berlatar belakangkan kawasan parking dan bersebelah dengan chalet. Bagi yang sememangnya mahu rehatkan minda dari beban kerja dan masalah. Boleh sewa chalet untuk menginap. Kawasan sekitar chalet tu juga kelihatan bersih.

MP da siap mandi, belanja gambar sikit. Hehehe. 


 Jangan marah haa.... Jelous? Apa lagi datang dan rasai la sendiri.

Kalau nak MP datang sekali pun boleh.. boleh bersahabat dan tubuh team kaki jejak. Hahaha..

Tengok MP da mula buang tebiat..hehe. Gurau-gurau je.

 MP balik dulu. Hari juga sudah mahu senja, rasanya elok balik. Lagi pun kebetulan hari sabtu boleh la singgah ke pasar malam tanjong malim. So datang la hari sabtu lepas mandi singgah pasar malam, tak cukup parking habakk kau... bagi yang tak suka kesibukan tukar hari lain.. tapi serius seronok. Makanan yang dijual nampak sedap-sedap belaka..hehe.


Selamat tinggal, aii..aii..cip. Next time datang lagi.










 Terima kasih kepada teman yang satu ni, sebab sudi berkaki dengan MP menjejak sungai Bil. Hehehe, rezeki jumpa teman se universiti yang suka menjejak sungai dan air terjun. Tapi katanya, mendaki tak suka..hehehe.











Matahari mulai nampak kecik tandanya hari da mau malam. 


Ayuh pulang ke kediaman yang ku sayangi. Kab,proton city, tanjomg malim,perak. Anak terengganu ini merasa bahagia dan senang berada di ranau ini, kerana Perak adalah negeriku yang ketiga yang di sayangi.




 SEKIAN.