Waktu solat

Wednesday, 18 April 2018

Salam dari kerinduan

Assallamualaikum dan selamat malam buat rakan alam maya. Lama MP tak hadir meletakkan bicara di laman blog ini. Beberapa ketika bila datangnya ujian yang seakan melebihi had kemampuan dan daya , sebagai manusia biasa kita semua tetap saja akan goyah. Allah huakbar, sangkaan meleset jauh bila merasakan seluruh hidup ini satu bebanan yang sangat memberatkan. Ujian yang datang silih berganti, iman yang turun naik, hadirnya watak-watak yang silih berganti semakin meresahkan seluruh kehidupan. Namun, dalam kesamaran yang teramat kelam cahaya datang menyuluh membawa seribu pelukan yang menyelamatkan. 

Setiap dari manusia yang bernyawa tidak akan pernah terlepas ujian yang pastinya datang bagi mematangkan dirinya. Setiap dari kita sendiri punya cerita yang tersendiri, watak yang telah pun di berikan tanpa kita sedar kita pasti melaluinya. Dunia ini sesungguhnya adalah pentas lakonan semata-mata, kita antara salah seorang pelakon yang melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai kisah. MP juga tidak pernah terlepas.

2018 adalah pengubah seluruh hidup MP. 

No comments: