Waktu solat

Thursday, 17 September 2015

DUNIA GUIDE CIK SERI VS MP ( ULU TAMU)

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Fuh.. lama tak review blog....fuhhh...,tiup sikit papan keyboard ni..hehe.  Ok, masih tak berkarat..hehe. Alhamdullilah, rezeki datang membuka ruang perjalanan baru diri MP sebagai seorang guide atau pun dalam melayu nya penunjuk arah.  

Nah... di sebelah kiri ni la risalah campsite. Sila dan jemput datang :) Ada rumah tumpangan jika mahu menyewa dan kalau mau gantung hammock.. Sila kan. Nama contact ada di risalah ini.

Kali ni MP ke ULu Tamu, Batang Kali, Selangor. Syukur,  dapat sifu pun seorang yang sangat baik hati dan paling penting tidak kedekut ilmu. Yesss... get it. Dari cerita abg Angah, iaitu abang angkat dan rakan seperguru ( sangatttt,hehe), abang sham (Sifu) seorang pesara arkitek yang berkhidmat di Jepun selama 16 tahun. Sangat lama kan...sampai dapat isteri pun awek Jepun. Alhamdullilah. 

Perjalanan yang singkat terasa bila terpaksa menjadi guide menguruskan pelanggan dari Singapore buat pertama kali bagi MP la, so...so...good for the best moment.  Bermacam2 telatah MP lihat pada diri mereka, walaupun diorang kurang terbiasa dengan persekitaran hutan di Tapak perkhemahan dan aktiviti yang di jalankan.

 Namun rasa cekal merekamembuatkan pertemuan kami semua suatu kenangan manis. Katanya mau datang lagi...hehe.

Di sebelah kanan ni pic hari kami sebelum diorang semua datang. Halllooo...ha.

Oh, ye.. apa kaitan dengan tajuk di atas. Okey... meh dekat sikit nak citer jangan hadap mata sampai tak berkelip suda..hehe. 

Nama MP di sana di ubah menjadi SERI!! Nahh...da kenapa Seri. Ini semua pasal si Wak... nama betul lupa.. tapi kami mengenalnya Wak kerana dia rakyat Indonesia. Untungnya dia.. pengalamannya bekerja di Malaysia menjadikan perwatakannya dan peribadinya seorang yang berani. Berani? yupp, berani merantau berani melibatkan diri sebagai pembantu kami yang bergelar guide ni. 

Nama Seri menjadi nama panggilan di sana. MP?  Suka nama SERI. 

Kata Si Wak lagi bila MP tanya kenapa mesti Seri. Katanya "Seri melambangkan diri cik yang sentiasa tersenyum dan suka merendah diri. Susah sekali mau melihat gelak ketawa cik tapi bila sudah kenalan sama kami semua.. cik bisa tertawa dan banyak sekali bicara".

"oh yaa, kelihatn berseri-seri" katanya lagi.  

Sambil mulut memakan ulas durian yang terakhir. Lawak betul bila ingat balik. Hehe.. 

Okey la... jom tengok gambar-gambar kenangan di sana lagi... 

Insyallah, kalau ada rezeki dan mau datang ke mari sila :)

No comments: