Waktu solat

Sunday, 24 May 2015

PARAGLIDING TIME AT BUKIT JUGRA_ MP

Assallamualaikum dan selamat malam.. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang sudi datang menjengah halaman MP. Syukur pada allah s.w.t  kerana masih lagi diberikan kesempatan menghirup udara segar dan meneruskan kelangsungan hidup yang semakin indah sebagai pelajar, insyaallah. 

Kadangkala kita sering menyangka bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu. Bahkana sering menidakkan akan kemampuan dalam diri kita sendiri.

Ok la.. kalau tengok pada gambar pun boleh di luahkan dan faham kan. Yes, paragliding iaitu salah satu sukan extrem yang menguji minda dan fizikal seorang manusia normal. 


Kali ni MP mencubanya di Bukit Jugra, Banting, Selangor. Yep, mungkin penduduk sekitar banting ramai yang tahu atau mungkin ada yang masih tidak tahu bahawa di sini terdapatnya aktiviti sukan .

Jika kita melihat kepada sejarah, Bukit Jugra merupakan salah sebuah tinggalan sejarah yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Di mana dengan kemasyurannya sebagai pusat maritim yang terkenal,dan pernah di sebut oleh Tang Seri Lanang dalam penulisan Salalatus Salatin.

Tempat bersemayamnya Sultan Abdul Samad (Sultan selangor ke - 4). Masih wujud hingga ke hari ni tinggalan pejabat daerah lama, istana lama, istana bandar, makan Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan selangor ke-5) dan pelbagai lagi lah.

Bagi yang meminati sejarah dan mahu menyelongkarnya jangan lupa datang ke sini. Keindahan kampung sangat mendamaikan dan menenangtkan fikiran. 

Sebelum MP jauh bercakap dalam bab sejarah, moh la kita ke fokus utama. Tujuan pos ni sebenarnya nak menjelouskan kamu semua. Kalau terasa mahu mencubanya boleh menghubungi En. Fitri di laman sosial (FB LIFEXGEAR) dan menanyakan langsung berkenaan paragliding dan apa saja yang korang nak tahu. Insyaallah, semuanya tidak menjadi masalah. 

Di belakang ini adalah pilot yang membawa penumpang. Tengok MP pun layan jea, tebang dan ala-ala  macam burung girl2/ Eagle. Para pilot yang membawa penumpang di syaratkan mempunyai lesen untuk membawa penumpang. Cara penerbangan juga ada teknik dan caranya. 

Bagi kaki terjang, aktiviti ini sememangnya di idam-idamkan. Salah seorangnya adalah MP sendiri.  Pengalaman yang sukar di bicarakan dengan kata-kata. Perasaan takut, gemuruh, gembira bahkan suka makin menebal dalam diri. 

Insyaallah, pertengahan bulan 6 ni jika tak ada halangan MP akan tangkapp view yang lagi cantik dan menarik. Angin memainkan peranan penting dalam melakukan aktiviti ini,kerana faktor kuat atau perlahannya angin menentukan pilot boleh membawa penumpang atau tidak.

Ni kes MP antara penumpang yang paling ringan menyebabkan MP orang pertama yang mencubanya. 

Alhamdullilah, semuanya berjalan lancar dan En. Mus @ panggilan mesra uncle Mus. Beliau merupakan seorang yang sangat menyeronokkan. Berkawan dan terbang bersama dengan beliau memberikan banyak pengertahuan baru. 





Memandangkan angin agak kurang berangin dengan cantik, tidak la berlama di atas sana. Menikmati udara segar di atas sana agar berlainan. Kelihatan di bawah hanyalah sebesar ibu jari.. ketinggian sekitar 300 meter kaki.

Apa yang lagi seronok ialah melihat semua kawan-kawan yang lain tidak sabar dan teruja saja, memandang MP di atas. Huhuhu.. 

Acah-acah retis kot..hehehe.

Pendaratan di atas padang rumput yang berpasir memerlukan cara dan teknik mendarat yang betul. Semuanya OK!! Syukur :)

Apa-apa pun gambar sebagai bukti. Hehehehe. Selamat tinggal Bukit Jugra, insyaallah nanti kalau tak ada masalah MP datang dengan pemandangan yang lebih cantik.

Sekian. terima kasih.