Waktu solat

Thursday, 1 January 2015

BAB 6_ DIA CINTAKU 1 BULAN BY MUSTIKA PENA

 Meskipun dia seorang ahli perniagaan yang kian mencipta nama dalam bisnes namun semua itu adalah jasa papanya yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan selok belok di bidang perniagaan. Bak kata papanya dalam bisness bukan kekuatan fizikal menjadi kunci tapi kebijaksanaan menjadi bukti. Meskipun dia merupakan ceo baru syarikat ini tapi dia sendiri masih di pantau cara kerjanya.

Suasana di pejabat petang itu agak lenggang. barangkali semua staff sudah tidak betah di pejabat. Jam pun sudah ke angka 5.30 petang, memang wajarlah ofis itu suram. Waktu pejabat sudah habis, dan yang tinggal hanya beberapa orang staff yang sememangnya muka pejabat dan mungkin ada kerja yang terpaksa di siapkan juga hingga ke luar waktu kerja. Zaiq Iskandar, melilau dia  di pantri, sengaja dia ke situ bila tekaknya terasa dahaga, sedang dia leka membancuh air tiba-tiba ada tangan yang merayap kepinggannya.

Terkejut dia dengan sepasang tangan yang merayap di pinggannya, dia segera berpusing. Tak sangka wanita ini boleh muncul pula di pejabatnya, berani betul dia dengan tindakan yang drastik itu. Tapi apa yang menghairankan, Fatin Fatrah bt Tengku Bakri memang seorang wanita yang tidak pernah segang silu dengan perbuatannya. Fatin Fatrah merupakan eksekutif pemasaran di Syarikat ini. Papanya yang mengambil Fatrah sebagai pekerja dan wanita ini juga cekap dalam kerjanya, pernah dia bertanya kepada Fatrah kenapa tidak bekerja syarikat papanya sendiri. Lagi pula, papanya lebih memerlukan khidmatnya di sana. Jawapan senang yang di beri, dia ingin mencari pengalaman di syarikat lain dahulu. Hakikat sebenar, Fatin Fatrah hanya ingin mendekati lelaki di hadapannya Zaiq Iskandar kerana dia sudah jatuh hati ketika pertemuan mereka dalam majlis keraian Zaiq Iskandar pulang dari luar negara.

"Fatrah!! Apa u buat kat sini?'' Zaiq Iskandar sengaja menanyakan soalan begitu, terkejut juga dengan keadaan itu cepat-cepat dia berundur dari tubuh gadis cantik ini.

"I saja aja lalu sini, kebetulan tekak i haus", Balas Fatrah sambil berjalan mendekatkan lagi jarak mereka berdua.

"Oh, ok. Kalau macam tu sila la minum. I need to go, lagipun i dah tak rasa dahaga dah." Zaiq Iskandar mulai bergerak meninggalkan pantri, terbantut hasratnya untuk menghilangkan dahaga.

"Uuuu, kenapa cepat sangat. Kita balik sama-sama yea, i malas la nak drive balik. Hantarkan i yea". Ujar Fatin Fatrah sambil memegang lengan lelaki ini.

Geli Zaiq Iskandar di buatnya. Dia memang tidak betah melayan gadis yang macam ulat bulu perangainya.

"Ulat bulu dah mulai merayap". Ujar Zaiq Iskandar.

"Haah, ulat.. Mane? mana..." Menjerit Fatrah mendengarnya, mana tidaknya dia sangat gelikan binatang yang sekor ini.

"U la ulat nya". Jawab Zaiq Isandar selamba, lantas meninggalkan Fatin Fatrah sendirian.

Berubah wajah Fatin Fatrah mendengarnya. Tak sangka lelaki ini mulutnya boleh tahan juga dalam bab menyakitkan hati. Di teguknya air yang sudah siap di bancuh dengan perasaan yang sebal.

"Kurang asam punya Zaiq, siap la u nanti i takkan mengalah. I akan pastikan u tunduk pada i nanti". Azam Fatin Fatrah dalam hati. Dalam diam, dia tersenyum merencana tindakan seterusnya.





No comments: