Waktu solat

Thursday, 2 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha MP

Assallamualaikum, apa khabar. Macam mana hari ni, semua ok ka.. Apa-apa pun terima kasih tau sebab sudi singgah blog MP nih. Maklum aje ini la satu-satu harta MP yang tinggal tempat meluah segala isi dan cerita, al-maklum setelah di tinggalkan Bam, hari-hari MP makin sunyi takde kawan nak bercerita. Meskipun Bam hanyalah seekor kucing yang MP ambil di tengah jalan raya tapi dia sangat memahami MP, seolah-olah faham kata-kata MP nih yang kekadang suka merapu. Semoga kamu tenang dan bahagia di sana sahabatku.

Beberapa hari lagi hari raya aidiladha, kata orang sambutan aidiladha tak la semeriah aidilfiri tapi bagi kami sekeluarga sambutan hari raya aidiladha atau lebih dikenali sebagai hari raya korban ni tak kurang hebat dan meriahnya. Antara negeri yang meriah sambutannya adalah negeri Kelantan, di kelantan ibadah korban sangat meriah. Saling bergotong royong, daging dibahagikan sama rata dan yang paling penting solat hari raya nya setanding dengan hari raya aidilfitri, kedatangan warga kampung khasnya untuk menunaikan solat sunat aidiladha tetap ramai . Itu di negeri mek dan ayah MP la. Bagi negeri tempat kelahiran MP pulak Terengganu, ibadah korbannya hampir sama dengan negeri lain tetap meriah dan yang lebih seronok di sini pelita pun turut di pasang, ketupat,lemang dan kuih tradisional jugak dibuat.

 Selepas solat di masjid, jiran-jiran dan sahabat serta kenalan rapat akan saling menziarahi. Ada setengahnya, kanak-kanak tetap dapat duit raya... Untung, budak-budak yang rajin ziarah rumah-ke rumah siap bertanding kumpul duit raya lagi,hehehe. MP pun pernah tau macam tu, tapi dulu la masa budak-budak.

Satu kelebihan pula, pada sambutan hari raya aidiladha pakaian tidak lah bertukar beli yang baru sebaliknya memakai pakaian yang masih baru dan bersih sudah memadai. Kiranya bila tiba hari raya aidiladha takde la pembaziran dari segi pakaian berlaku kan, alhamdullilah.

Kali ni bagi MP sekeluarga pula, kami sekeluarga bergotong royong membuah kuih muih dan kerepek sebagai makanan tambahan. Malam ni sebagai permulaan, setelah berpenat lelah di kebun ayah mengambil ubi kayu untuk di buat kerepek. Kami sempat singah mandi di air terjun siput yang tak berapa jauh dari kebun ayah, dan untuk pengertahuan sahabat semua rupanya bukan mudah nak mengambil ubi kayu dari perdu pokoknya kena ada teknik jugak.

Seronoknya, aidiladha sebanarnya mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan menambahkan kasih sayang antara suami dan isteri, ayah ibu dengan anak-anaknya dan juga antara adik-beradik. Sesungguhnya setiap apa yang di minta dan diberikan oleh allah s.w.t itu ada hikmah dan kebaikannya. Khasnya aidil adha ini sendiri, sangat banyak manfaat dan fadhilatnya.


wikipedia Hari Raya Aidiladha


No comments: