Waktu solat

Tuesday, 7 October 2014

BILA AKU MASIH AKU

Assallamualaikum, hai semua. Alhamdullilah, masih lagi bernafas pada saat ini dan ketika ini. Inilah nikmat sebaik-baik nikmat, syukur alhamdullilah. Tiada apa yang mengerutukan dan menyesatkan akal dan rasa bila kita terkandas dalam sesuatu situasi tanpa jumpa sebarang penyelesaian. Ia sangat menyakitkan kepala dan rasa nak menjerit satu bilik, hehehehe. Memang rasa nak jerit pun, ok tarik nafas dalam-dalam dan lepas. 

Kata orang jika seseorang itu masih di usia yang masih muda mereka dikira masih setahun jagung, yepp...  rasa dah memang serupa perumpamaan tu aje. Ishh, apa la MP nih. Bila hati mendesak aje "jangan malu bertanya MP, tanya mereka yang lebih berpengalaman..ingat malu bertanya sesat jalan" . Hati oh hati, takpe ke kalau MP ringan mulut bertanya pada teman-teman blogger? mahukah mereka membantu? mahukah mereka memberikan buah fikiran? mahukah mereka ?

Dalam akal dan hati berkawan baik membuat persetujuan ada pula suara-suara yang melemahkan semangat. Apa kata mereka? mesti mereka gelakkan kau MP. "Waduh, ini blogger cap ayam kea?" "Berapa lama di dunia blog tapi masih terkial-kial". Ada lagi suara yang menjengah kotak minda.. "Eh, takkan benda senang pun masih tak tahu lagi?"

Serius MP berkecimpung di dunia blog atas usaha sendiri dan dari minat MP seawal usia yang sangat mentah MP cuma jadi pembaca setia pada setiap blog . Dulunya MP tak tahu langsung apa itu blog dan maklum saja di rumah pun tiada komputer. Mengenali blog pun atas dasar pembacaan di perpustakaan yang memaparkannya. Sebelumnya menggunakan enjin carian google sekadar suka-suka, dan bila masuk ke sesuatu laman tak tahu pun ianya adalah ruangan penulisan blogger. Waa.... bila di imbas kembali betapa ketinggalannya MP.

Sekarang pula masih lagi merayap dalam dunia blog, 4 tahun di dunia blog ianya masih sangat baru, terlalu banyak benda perlu di pelajari. Memandangkan kesibukan yang sentiasa cemburu lagi lah membuatkan semuanya kian lambat, tiada istilah yang berpadanan seperti kura-kura dan arnab di dalam kisah teladannya. MP pun menulis dengan niat untuk berkongsi cerita dan istilah money pocket dengan blog langsung tak terlintas, dan bila tersedar rupa MP sangat ketinggalan. Membuat iklan dengan nufnang,mahupun adsense atau affilite lagi la terkial-kial. 

Terkesan juga dengan blog teman-teman berpengalaman bila diorang mampu buat income dengan blog, wordpress dan lain-lainnya. Semoga MP juga mampu seperti mereka,insyaallah.

3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

great piece of entry...

mustika pena said...

hehehe... terima kasih, tapi itulah hakikatnya...kesian kan

Hanim Hashim said...

Jangan berputus asa sis dan yang penting tetapkan niat pada jalan yang betul insyaAllah akan bertemu jalannya ;)