Waktu solat

Friday, 26 September 2014

MP dah mulai jatuh cinta dengan Rixton!! KEBABOMM...

               
        Assallamualaikum, sahabat semua. Sihat? Alhamdullilah,bagus la. Eh.. ada jugak ke yang tak sihat. Hurmmm, cepat-cepat makan ubat yea biar sihat selalu. :) Malam ni tajuk gempak sungguh, sekali bukak kurang asam punya blogger MP..., hehehehe. Tu la siapa suruh gelojoh sangat nak tau.. Ewah-ewah,korang bab cintan cepat je yea...hehehe.

         MP jatuh cinta dengan lagu ni la. Muzik dia sedap didengar namun tiada tandingan dengan keindahan bacaan ayat suci al-quran. Allah huakhbar!!


          Sebut bab lagu ni kan, walau secintan apa kita dengan lagu tu tetap juga kena faham maksubnya..terutama lagu BI la kan sebabnya kekadang walaupun lagunya cantik dari segi suara dan muzik tapi maknanya mungkin agak tak sesuai dengan kita khasnya yang beragama islam. Namun,tak menjadi kesalahan kalau kita dengar sesebuah lagu tu sekadar menghilangkan stress dan bukan niat menjadikan seolah-olah lagu yang sangat agung dalam hati... maksub MP kat sini, korang melalak tengah malam menyayi bagai nak rak bagai.

       Habis hang pun jatuh cintan dengan lagu kan MP, Ber BI bagai lagunya?

       Yea, MP akui MP pun sangat suka dengan lagu bi amnya. Namun jika MP minat lagu bi dengan sebab untuk menjadikan penguasaan MP dalam bertutur bahasa mat salleh lebih baik tak salah kan. MP minat lagu bi sebab nak tambah pengetahuan bahasa english tak salah kan. MP minat lagu bi sebab nak betulkan sebutan dan percakapan MP lebih bagus tak salah kan.

      Yes!! that why lenglish songs not wrong. Kesalahannya kat sini bila kita melampau-lampau sangat suka dan minat sampai lupa tangungjawab kita yang lain khasnya solat kita. Kerja sekolah adik-adik tu haaa..., assigment cik kak,encik abang oii...tak terbuat dek khusyuk sangat dengar lagu.

      Apa-apa pun, yang penting jadikan lah lagu-lagu ni sebagai pengisi masa lapang dan penghilang stress kita bila kita berada dalam situasi yang menyesakkan otak kita. Insyaallah, lepas kita dengar sekejap fikiran akan kembali cergas dan hati jadi tenang dan tak rasa sesak aje.

      Apa-apa pun kali ni MP nak jugak korang semua... sahabat dan kekawan MP yang sudi singgah blog MP ni cuba dengar lagu ni. Best tau, bikin jatuh hati. Namun jangan lupa pada yang lebih indah dan pengaman hati serta lagu yang paling sedap tiada tandingan yakni ayat suci al-quran. Insyaallah, ia bukan saja membuat kita makin jatuh cinta tapi hati jadi tenang dan insyaallah lembut jiwa kita dengan kalimah allah.

Sekian, selamat sejahtera. Assallamualaikum.

1 comment:

jaymiee said...

salam perkenalan Dr JS untuk MP...