Waktu solat

Thursday, 18 September 2014

MATI SEBELUM BERJUANG APA ERTINYA!!!

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua. Syukur alhamdullilah, allah mengerakkan hati dan jejari MP untuk tiba-tiba meng update catatan baru kali.  Allah hurabbi, kekasih yang satu ni bermacam-macam cara dia membawa kita kembali dekat padanya. Kadangkala terasa malu juga wajah ini tetapi ada rasa syukur yang melimpah kerana allah masih sudi menjengah hambanya yang sering terlupa pemilik dirinya. Subhanallah,.. alhamdullilah,,, allahuakhbar.

Banyak perkara di dalam dunia ini yang kita semua tidak tersedar atau mungkin lalai dengan ayat yang lebih tepatnya. Sebenarnya sebelum kita lahir ke dunia ini, kita telah pun berjanji pada pemilik jasad ini.. bahawasanya kita hanya akan melasanakan tanggunjawab sebagai hamba allah semata setelah dilahirkan ke dunia. Kita telah berjanji sahabat!! Yea, kita... saya..., awak...,kamu... kalian semua.

Tidak malukah kita jika siang menjengah pagi dan tanpa segan silu kita bangun tak kala ayam-ayam telah mencari rezerikinya, burung-burung bertengek di pohon sambil berkicauan merdu. Ayah dan ibu yang di mamah usia telah ke bendang, melampiaskan kudrat yang masih tersisa. Malu? Yea... malu sahabat. Malu, kerana kita masih enak di katil empuk. Tapi sayang, sejadah... kopiah..,kain pelekat... kain telekung, tasbih dan al-quran masih tersusun cantik tanpa terusik. Di mana janji mu wahai sahabat, di mana janji mu wahai hamba allah, dimana janjimu wahai ummat kebanggaan rasullulah s.a.w .


Sahabat, MP bukan menulis sekadar suka-suka, bukan juga sebagai menghilangkan bosan semata tapi MP mahu kita saling mentarbiah dan mencari di mana sebanarnya kita berada... di alam fantasi yang indah dengan kemewahan dan riak  yang menyangka telah sempurna, atau di sini.. tersedar yang seharusnya telah lama mengerti erti kehidupan ini.

Allah maha pengasih sahabat, 99 nama allah itu terkandung segala kesempurnaannya.. tidak ada satu pun makhluk di dunia ini yang mampu menandingi kasih sayangnya sepertimana kasih allah s.w.t kepada kita hambanya. Sahabat, kasih manusia ada hadnya. Buruk kita buruk pandangannya, itu manusia tapi buruk kita melimpah ruah kasih dan keampunan allah s.w.t kepada kita hambanya. Hari ini, tidak di nafikan semakin bertambah yang berilmu dan beragama tapi dalam sedar mahupun tidak sebahagiannya adalah terpesong, lari dan tersimpang jauh dari ajaran agama islam yang di titipkan. Bangsa lain yang bukan islam khasnya memandang serong pada agama islam, padahal islam itu agama yang sempurna dan benar. Pada mereka orang islam itu harus dihapuskan, kenapa? kerana kita di labelkan sebagai penjenayah. Sebegitu rupa dunia hari ini. Allahhurabbi, sedih.. kecewa dan bercelaru.

Sebahagian dari kita membalas balik tormahan dan pertanya yang memberatkan hati, mata dan akal. "Harus bagaimana untuk menyangkal ketidak benaran yang di lemparkan pada ummat islam? Perlukah kita melutut dan memohon pada mereka agar hentikan segala kekejaman, tormahan, cacian dan penghinaan ini". Kenapa? kenapa terpikir memohon simpati mereka!! Bangsa yahudi am nya tidak pernah melihat air mata mu sebagai sebiji permata syurga, ia tidak ubah sebagai tanda kemenangan perjuangan mereka.

MP masih dalam catatan yang sama, tidak beralih kata. :)

Sahabat, semuanya bermula dari kita sendiri. Diri kita sendirilah yang mampu mengubah segalanya, kita yang memperjuangkan agama kita,kita yang bakal mengangkatnya sehebat dan segemilang di zaman rasullulah s.a.w dan sahabatnya... jika kita tidak berubah bermula dengan membetulkan solat kita khasnya dan di ikut dengan tanggunjawab yang lain.. awal-awal kita telah mati di medan perang. MATI SEBELUM BERJUANG!!!




No comments: