Waktu solat

Saturday, 28 June 2014

Welcame Back Ramadan and Alhamdullilah for screen

Assalamualaikum,sahabat.

Semalam punya citer 28 June 2014. MP keluar bersama-sama akak,abang ipar dan anak-anak buah semua. Kebetulan nak membeli barang dapur aje, jadi tak berjalan jauh. Dari rumah dengan kereta terus ke Wangsa Walk. Memandangkan kami semua belum menjamah apa-apa sebelum keluar rumah semalam. Last Day, before puasa so kita orang park aje kereta di tepi McDonald seberang jalan betul-betul depan pasar raya besar Wangsa Walk.

Semalam kita orang tak makan McDonald pun, terus belok ke tangga naik bahagian atas terus masuk ke restoran Ayam Penyet kat situ. Harga yang di tawarkan pun setanding dengan menu yang tersedia. Seperti biasa dah namanya restoran ayam penyet so, pilihan MP semalam dah semestinya ayam penyet. Abang ipar dan dua orang lain anak buah turut memilih ikan keli kegemaran diorang la.

Awalnya restoran yang kami masuk ni takde la ramai, masih banyak ruang meja yang kosong. But bila kita orang duduk makan semua, MP pusing tengok semua meja dah ada penghuni. It ok loll... masakan padang memang menjadi tarikan di malaysia,right... yes,yang ni MP sokong.

By the ways, nak citer bab makan memang tak habis. Ayam dia memang besar you all. Dia punya sambal dan nasi pun agak banyak, kenyang sangat.

Ok, lepas dah isi perut semua kitaorang terus ke Wangsa Walk. Jalan aje, memandangkan semalam sabtu so semua yang datang ni pun cuti. Kita orang asalnya nak tonton wayang nak tengok Malificent tapi ada pulak yang nak tengok Tranformer. Bila dah depan kaunter nak beli tiket, usha-usha rupanya semua movie mainnya malam nanti. So tak jadi lah nak tengok, tapi anak buah MP yang boys tetap bernasib baik terus book tiket 6D Walking With Danosour. MP ingat nak masuk juga tapi bila tengok pada skrin yang di paparkan di luar ni jelas menampakkan rakaman kita semasa duk dalam 6D tu. Batalkan aje niat .

Selepas tu kami semua ke pusat bowling. Still at the floor 2, so apa lagi kami semua main bowling la. Best jugak, lepaskan stress kerja. Anak-anak buah pulak biasa la, rest hujung minggu selepas penat ke sekolah.  Sebenarnya, akak MP cakap tujuan utama bawa anak-anak keluar hujung minggu adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri dan ibu bapa dan anak-anak. Dalam hati, MP rasa sangat seronokn dapat terut sama. MP janji dalam hati, before MP menjadi seorang isteri dan ibu... MP nak juga bahagiakan ratu hati MP yang semestinya mek dan ayah MP. I love you mom, dad. Thanks a lot.

So perjalan kitaorang semalam diteruskan ke pusat permainan. Tengok situasi kat situ memang happy sangat, kecil besar semua ada. Parent2 pula sibuk melayan kerenah anak-anak termasuk akak MP. Tapi MP pun tak ketinggalan sama, terus park satu stesen game bersama dengan si anak buah Awang. Kita orang main game sama-sama, serius kadangkala lepaskan penat dan masalah kerja elok juga. Tanpa sedar jam hampir ke pukul 6 petang. Abang ipar dan akak dah terasa penatnya, sekarang tiba masa untuk beli barang dapur pula.

Kami memilih kedai 1 Malaysia kali ni, it ok la. Sokongan rakyat perlu untuk memajukan ekonomi negara. Setiap sorang bawak bekas untuk mengisi barang dapur. So semua ada peranan masing-masing. Lebih kurang sejam juga kami di kedai 1 Malaysia. Lepas membayar harga barang yang di beli, kita orang ke pusat membeli \belah Giant pula yang terletak di taman permata. Lampu jalan dah di hidupkan, dan malam ni juga malam pertama solat terawih. Alhamdullilah, besok puasa. Yepp, hari ni la 29 June 2014.

Setelah membeli barang basah untuk memasak sahur nanti, kami pun pulang ke rumah. Lebih kurang pukul 7.45 malam kita orang sampai rumah. Masing-masing menunaikan tanggunjawab masing-masing. Yea la, apa-apa pun jangan lupa solat. Alhamdullilah.

Dan hari ni, masing-masing masih bersemangat. Walaupun puasa tapi tetap ceria.

Sekian, tinta MP for today. First day ramadan, 29 June 2014. Selamat berpuasa semua kepada semua muslim di seluruh dunia walau di mana pun berada.

No comments: