Waktu solat

Saturday, 28 June 2014

BAB 4_-> DIA, CINTAKU 1 BULAN BY MUSTIKA PENA

Izara Adelia mempercepatkan kakinya, dia cuma ada masa lima belas minit aje lagi sebelum di amuk sekali lagi. Bekerja dengan orang kaya buat dia memang pening, cakap lain buat lain. Kalau ikutkan hati tak mahu dia datang berjumpa dengan datin sorang ni, cerewet nak mampus. Tanpa di tersedar, dia terlanggar seseorang ketika membelok satu restoran.

"Hei... you tak nampak ke? ish... perempuan ni main langgar aje. Dia ingat aku ni patung agaknya, perempuan ni nak kena ni. Habis baju aku basah!!". Zaid meninggikan suaranya, habis bajunya terkena air bandung yang dipegangnya. Mahu saja dia menenyeh dahi orang yang melanggarnya.

"Eh, mana perempuan tadi, dah langgar orang boleh blah macam tu aje. Sorry tak apa tak". Belum sempat dia melihat empunya diri yang tersangatlah tak menggunakan otaknya ketika berjalan tapi dah hilang macam hantu. Namun sempat juga dia melihat sekilas wajah perempuan itu, manis sekali. Bertahi lalat di hujung bibir sebelah kanan. Urmm, tapi sayang mata letak lutut.

"Zaid! kau ok ke bro". Haniz menyapa. Nasib tak baik betul kawannya sorang ni belum sempat air bandung kesukaannya masuk ke perut, bajunya terlebih dulu yang bermandi air.

"Bro! aku angin betul la dengan minah senget tadi. Aku yang hensem ni pun di langgarnya, memang tak prihatin dengan ketampanan aku betul".  Sempat lagi Zaid memuji diri dalam keadaan macam tu, memang dasar hero malaya betul mamat sorang ni.

"Hahahaha, weii.. ko ni kot yea nak perasan pun agak-agak la bro. Nak muntah aku dengarnya, tapi kan ko dengan air bandung ko memang sepadan la bro. Sedondong la sangat. Hahahahaha". Ketawa Haniz langsung tak menarik bagi Zaid, hatinya masih panas dengan perempuan yang melanggarnya.

"Tunggu kau perempuan senget, aku ingat muka kau!" Dalam hati Zaid Iskandar memasang angan untuk berjumpa perempuan itu lagi, akan di kenakan balik perempuan tu. Sebelum ni tiada siapa berani memalukan dirinya di depan umum.

Izara Adelia tidak sempat menoleh pada lelaki yang dilanggarnya, sungguh dia tak sengaja menumpahkan air bandung yang dipegang lelaki itu. Semuanya terjadi gara-gara dia terburu-buru mengejar masa untuk berjumpa dengan client syarikatnya. Terasa bersalah juga dia kerana langsung tidak meminta maaf sebaliknya terus berlalu tanpa sempat pun berpaling pada insan yang tak di sengajakan tertumpahkan air itu.

 "Harap tak berjumpa lagi, klau tidak memang malang kau Izara Adelia". Getus hatinya.

"Hello, you Izara yea. I datin Maimun, sorry i'm late". Tak sangka kali ni dia berhadapan dengan staf kesayangan Mega Holding. Sudah lama dia nak berjumpa dengan Izara Adelia, dia teringin melihat sendiri cara perempuan itu bekerja. Lagi pula tujuan dia untuk berjumpa dengan Izara Adelia adalah untuk mengesahkan sendiri khbar yang mengatakan perempuan di hadapannya ini sebenarnya adalah anak pemilik syarikat Mega Holding.

" I ada satu soalan sebelum kita ke perbincangan syarikat. You ni anak Dato Haslan kea? I dengar you ni anak dia". Soal Datin Maimun.

Terkejut juga Izara Adelia dengan soalan itu. Setahu dia, kenyataan dia adalah anak Dato Haslan tidak ramai yang tahu, hanya ahli keluarganya dan sahabatnya Nur Amira saja yang tahu. Lagi pula dia di besarkan oleh arwah neneknya di kampung. Dato Haslan sendiri tidak pernah mengkhabarkan pada umum yang dia punya anak bernama Tengku Izara Adelia binti Dato Haslan. Mamanya sendiri pun seakan tidak kisah akan kewujudannya. Semua itu membuatkan Izara Adelia membenci dalam diam.

"Oh.. Datin ni, takkan la i ni anak dato Haslan. I ni just pekerjanya aje, lagipun i ni asal dari kampung takkan lah i ni anak dato kot". Izara Adelia menafikan kebenaran yang sebenar, dia tidak mahu menumpang nama bapanya apatah lagi dikenali sebagai anak dato Haslan, papa kandungnya sendiri.

Selepas arwah neneknya meninggal dunia, bapanya dato Haslan membawa dia balik ke kuala lumpur. Terengganu di tinggalkan tanpa pesan, kawan-kawan juga tidak di khbarkan langsung akan pemergiannya dari kampung. Kata arwah neneknya sebelum meninggal dunia, papa dan mamanya seorang yang sangat penyayang. Mereka punya sebab tersendiri kenapa membiarkan dia tinggal di kampung. Semuanya demi kebaikannya .

"Hello!! u ni dengar tak apa i cakap. Macam mana nak maju kalau suka berangan". Bidas Datin Maimun.

Datin Maimun adalah rakan kongsi syarikat Mega Holding. Datin Maimun sudah lama berhasrat untuk merebut syarikat besar itu, namun dato Haslan tidak sebodoh yang di sangka. Dia perlu lebih bijak dalam merancana jika mahu memilki syarikat besar kepunyaan dato Haslan. Baginya, dendamnya akan berbaloi sekiranya Mega Holding musnah di tangannya sendiri.





No comments: