Waktu solat

Saturday, 28 June 2014

BAB 3_-> DIA, CINTAKU 1 BULAN BY MUSTIKA PENA

 “Izara! Jomlah temankan aku tengok gadget baru. Aku ingat nak tukar fon baru la”. Mira melunakkan suaranya, dia yakin sahabatnya itu takkan menolak ajakan nya kali ini.

Lagi pun, dia sebenarnya sedang berkira-kira hendak menghadiahkan Izara Adelia sebuah telifon sempena hari lahir sahabatnya itu.

“Malas la..nak buat apa? Lagipun kalau tak silap aku, minggu lepas kau baru tukar telifon dan sekarang nak tukar lagi ke”. Ujar Izara Adelia.

Sahabatnya Nur Amira ni sememangnya seorang yang gila gadget, pantang ada keluaran baru pasti dialah salah satu pembeli utama gadget tu. Apatah lagi kalau gadget itu jenama Samsung. Maklum sajalah sekarang dunia di hujung jari, dan bila gadget semakin canggih manusia pun pasti turut menjadi canggih. Nur Amira tak kecuali dari terlibat dalam revolusi kecanggihan IT.

Berbeza dengan Izara Adeli, baginya kecanggihan teknologi sememangnya suatu kepentingan sesuai dengan dunia sekarang namun dia tidak mahu menjadi manusia yang terlalu asyik dengan kecanggihan sehingga melupakan nilai murni. Mana tidaknya tengok sahabatnya aje la, leka dengan gadget peribadinya sampaikan kadang-kadang makan pun sempat lagi tangan terlekat di gadget.

“Weii.. beb! Oitt, dengar kea tak aku panggil ni. Ish, dia ni kalau dah berkepit dengan Akim dia memang tak dengar dah apa aku cakap ni”. Sengaja Izara Adelia menekankan suaranya agak kuat, biar di dengar sahabatnya yang satu ni. Mulutnya sengaja di muncungkan, tanda protes apabila cakapnya tak di endahkan  Nur Amira.

“Ahhh... apa, apa... kau cakap apa. Sorry aku tengah sibuk sikit tadi.Kau cakap apa beb”.

Yea la tu kau sibuk, padahal sibuk main game aje takkan tu pun tak dengar. Bernuih tau tak mulut aku ni, kau ni kejamlah. Lain kali tak nak la cakap gan kau, baik aku cakap dengan uncle Raja jual cendol hujung jalan sana”.

Panjang lebar Izara Adelia memberikan taklimatnya petang ni, mana tidaknya alasan sibuk dari sahabatnya yang sorang ni memang tak boleh di pakai. Izara Adelia sememangnya arif dengan aktiviti sahabatnya yang satu ni.

“Nasib kau la Izara Adelia, serumah dan satu tempat kerja dengan kawan bermulut murai. Ditambah pula dengan perangai yang gilakan game, mengalahkan budak kecil umur 5 tahun”. Gumam Izara Adelia di dalam hati.

“Hello..... Miss Izara Adelia, where are u? Still in this world”.
Teguran Nur Amira mematikan lamunan Izara Adelia, terpingga-pingga dia seketika. Keningnya di angkat sebelah persis Ziana Zain, artis Malaysia yang terkenal tu.

“Hehehehe, sorry. I’m back”. Izara Adelia mendepakan tangannya dengan gaya seakan menang lumba lari seratus meter. Bersemangat aje. Dalam hati masih bergelak sakan, tak sangka sempat lagi dia berangan-angan sambil mengutuk sahabatnya yang satu ni.

“Izara, jomlah temankan aku. Kalau dua-dua macam kambing tunggu rumput, sorang termenung sorang berangan memang tak kemana la gayanya”.  Nur Amira sengaja menggunakan perkataan khas tu, manakan tak nya. Izara dah mulai balik dengan aktiviti berangannya.

 “Ish, minah ni. Tadi cakap kat aku, sekarang dia pula. Beb, jom lah”. Cepat aje dia menarik tangan sahabatnya, hampir terlanggar pasu bunga Izara Adelia dibuatnya.

 “Yea la, yea la”. Izara Adelia membututi langkah sahabatnya. Malas nak di tegah, kalu dia banyak soal pun. Sahabatnya tetap akan memaksa dia sampai setuju.

Sesampainya di Pavillion, Izara Adelia di bawa ke salah satu kedai yang menjual henfon. Nur Amira memerhatikan setiap buah telifon yang ada di situ. Ralat sdikit dia untuk memilihnya, bukan kerana harganya tapi memandangkan Izara Adelia yang seakan tak berminat.

Nur Amina sudah sedia maklum bahawa sahabatnya Izara Adelia sebenarnya dari keluarga yang ternama namun seorang yang tidak suka bergantung kepada kekayaan keluarga. Namun, bimbang juga kalau-kalau Izara Adelia tidak sudi menerima hadiahnya.
Setelah puas di tilik satu persatu, akhirnya Samsung note 2 bertukar tangan. Setelah selesai membayar harga telifon itu, Nur Amina menghulurkan plastic yang di dalamnya terdapat telifon yang di belinya tadi kepada Izara Adelia.

“Nah, hadiah dari aku untuk kau sempena hari lahir kau beb. Selamat hari lahir yang ke 24 beb. Selamat maju jaya, semoga bahagia serta berjumpa dengan boy yang terbaik dan akhir sekali selamat hari tua beb”. Dengan nada yang bersemangat sekali Nur Amira menuturkan ucapan keramat buat sahabatnya Izara Adelia.

Akhirnya plastik bertukar tangan. Terharu sungguh Izara Adelia mendengarnya. Tak sangka, sahabatnya masih ingat akan hari lahirnya. Keluarga kandungnya sendiri seolah-olah lupa akan hari lahirnya, tapi sahabatnya tidak pernah melupakannya.

Walaupun Nur Amira seorang yang suka bercakap dan kadangkala agak murai sikit mulutnya, tapi dia sememangnya seorang sahabat yang di penuhi dengan nilai murni. Hakikatnya, Izara  Adelia bersyukur kepada allah kerana di kurniakan sahabat yang sebaik Nur Amira.

“Please beb, kau jangan nak banjirkan mall ni nanti tak pasal-pasal kena buat kerja amal kat sini”. Sengaja Nur Amina mengutarakan ayat selamatnya. Memang dia perasaan muka sahabatnya, muka terharu tambah sendu. Kalau tak di pangkah awal-awal mesti sahabatnya Izara Adelia bertukar menjadi puteri airmata.

“Kau ni kan , sengaja jea kan. Thank yea beb, my parent pun tak ingat aku punya birthday tapi kau tak pernah terlupa hari lahir aku. Thank a lot my friend”.  Izara Adelia mengakui, dia tak sangka kali ni dia diberikan telifon bimbit. Izara Adelia sangkakan hari lahirnya kali ni akan suram tanpa sebarang ucapan, sengaja dia diamkan tarikh lahirnya. Tak mahu di kira sebagai seorang yang terdesak mendapat perhatian.

Mama.. papa..., i’m waiting for u guy. Luah Izara di dalam hati. Pilu hatinya pabila mengingatkan kedua orang tua kandungnya. Tak pernah memperdulikan dirinya padahal dia adalah darah daging mereka.

“Mama,papa terlalu pentingkan bisness hinggakan lupakan aku anak mereka sendiri”. Bicara Izara Adelia separuh berbisik,tanpa sedar air matanya mengalir.

“Izara Adelia... Beb, kau ni kenapa. Hari ni kan birthday kau. Sepatutnya kau happy, bukannya bersedih. Kau tak suka hadiah yang aku bagi kea”. Tegur Nur Amira.

Dia sedar bahawa sahabatnya sangat merindui kedua ibu bapanya tapi di sebabkan ego yang tinggi pada anak dan ibu bapanya. Akhirnya, kasih sayang terkubur begitu saja. Izara Adelia pula lebih memilih menjadi orang biasa tanpa mengalas apa-apa gelaran dari keluarga. Gelaran tengku juga di buang jauh-jauh agar dia tidak di dekati semata-mata manusia kerana keluarganya.

“Tak de apa la, hehehe. Thank, tau beb.. kau kalau bab nak ambil hati aku tau-tau je”.

“Zara, lepas ni kau jangan ngada-ngada cakap xde whatssap kea apa ke ok, so xde alasan ko tak reply mesej aku. Aku ni ibarat pakwe kau tau!”

“Baik bos! Menurut perintah, hahahaha”. Izra Adelia meledakkan ketawanya, tidak kisah dia walaupun banyak mata yang memandang. Hatinya sedikit riang, sesungguhnya sahabatnya ini sangat baik.



No comments: