Waktu solat

Saturday, 28 June 2014

BAB 2_-> DIA, CINTAKU 1 BULAN By MUSTIKA PENA

Jam di dinding pejabat berdetik lincah ke angka 7 malam, Izara Adelia masih lagi tekun mengadap pc di meja kerjanya. Biasanya dia jarang menyiapkan kan kerja di luar waktu kerjanya, bagi dirinya kerja dan kehidupan peribadi tidak boleh di campur aduk. Namun,di sebabkan besok mesyuarat unit pemasaran akan membincangkan hal yang berkaitan dengan produk-produk syarikat mereka,mahu atau tak dia terpaksa menyiapkannya hari ini juga.

" Hurm, nampaknya tinggal aku sorang tercongok kat dalam ofis ni. Ish, seram pulak aku di buatnya". Bermonolog seketika Izara Adelia dalam hati. Mana tidaknya, ofisnya agak besar ruangannya lebih kurang 30 meja ditempatkan di bahagian pemasaran ni, tu tak di kira bahagian lain.

"Tak balik lagi yea kamu, Zara". Tegur Encik Bakri, ketua bahagian pemasaran syarikat 

"Mak!!, hantu gemuk..." Terluah juga, perkataan tu di mulutnya. Dalam keadaan yang memeranjatkan itu, apa saja yang terkelihatan di depan mata semestinya menjadi sebutan Izara Adelia.

"Izara Adelia Binti Dato Hazlan! " 

Encik Bakri memanggil Izara Adelia. Tak sangka dirinya akan di panggil dengan gelaran itu, hatinya sedikit di amuk rasa amarah namun bila di lihatnya muka Izara Adelia yang seakan pucat, cepat-cepat di hapuskan rasa marahnya. Bimbang juga jika staf kesayangan syarikat yang sorang ni pengsan pula.

"Urmm, En...encik Bakriiii.... ma..maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya tak bermaksub nak cakap macam tu... urmmm, saya... saya cuma terperanjat". Tergagap-gagap Izara Adelia mengutarakan percakapannya, bimbang sungguh dia jika tersilap langkah lagi. Kalau tak, alamatnya  mati kering la dia kalau Encik Bakri mengamuk.

"Hahahahaha, Izara... Izara. Takut jugak kamu dengan saya yea, tak pe la saya maafkan lagipun saya juga silap menegur kamu macam tu". Lucu benar muka stafnya ni. Ramai orang cakap Izara Adelia ini jenis manusia yang pelik. Kadangkala angin kadangkala hujan bahkan kadangkala minah brutal dengan gayanya yang happy lappy tapi tak sangka penakut dan lucu juga.

"Kiranya Encik Bakri tak marah la yea... hehehe, fuh.... kushhh semangat. Saya minta maaf sekali lagi, saya tak tau Encik Bakri tak balik lagi". Jujur ikhlas sekali Izara Adelia mengutarakan bicaranya, mana tidaknya orang yang dipanggil hantu gemuk ada di hadapannya.

"Dato! anak dato manis sekali, saya janji akan bawa dia kembali pada dato".

"Encik Bakri.. Encik Bakri!" Izara Adelia memanggil Encik Bakri.

"Oh, sorry. Terlupa pulak, saya pergi dulu Izara. Jangan pulang lewat, esok-esok sajalah kamu siapkan laporan tu. Kalau tak, bawak aje balik rumah lagipun. Saya tak nak nanti jadi apa-apa pula. Kamu faham kan apa yang saya maksubkan Izara". Encik Bakri mengingatkan, lagipun tujuan sebenar dia di pindahkan ke ke bahagian ini semata-mata kerana Izara Adelia. Dia tidak mahu cuai dalam melaksanakan tugas, dalam diam keselamatan anak pemilik syarikat ini tetap menjadi keutamaannya meskipun Izara Adelia tidak tahu akan misinya yang satu itu.

No comments: