Waktu solat

Tuesday, 17 June 2014

BAB 1_-> DIA, CINTAKU 1 BULAN BY MUSTIKA PENA

                                           

                                             
                                                        E-NOVEL BY MUSTIKA PENA

                                                BAB 1_->    DIA, CINTAKU 1 BULAN.

  Aku mematikan lamunan bila tiba-tiba terasa bahuku di cuit seseorang, lantas aku berpaling menghadap si empunya diri yang berani menganggu saat aku tengah berangan berdating dengan pelakon kegemaran aku Fahrin Ahmad.

"Ish, kacau daun betul budak sorang ni. Tiba-tiba datang cari aku ni mesti tak lain tak bukan nak bergosip la tu". Guman Izara Adelia di dalam hati.

 Mana tidak kawannya yang satu ni memang terkenal di pejabat dengan mulutnya yang agak murai tu, pantang ada berita sensasi sedikit pasti di jajanya seluruh bangunan Mega Jaya Holding. Sdn.Bhd.

"Beb! aku nak bagitau kau satu berita, memang terbaik dari ladang". Mira memulakan sesi ceramah paginya, tadinya dia berhajat nak terus naik ke pejabat sebab tak sabar rasanya nak di ceritakan kepada teman-teman di pejabat tentang cerita sensasi yang baru di ketahuinya tu. Tapi hasrat tertukar bila tiba-tiba ternampak kawan sepejabatnya yang sorang ni duk asyik mengelamun di restoran berdekatan dengan syarikat tempat dia bekerja.

"Huh.. apa dia kamu ni Mira? Nasib baik aku ni takde sakit jantung tau kalau tak memang siap-siaplah bertanggunjawab kamu". Izara menekankan sikit suaranya pada intonasi yang tinggi, sengaja dia buat macam tu mahu dilihatnya sahabatnya yang sorang ni takut tak dengan dia.

"Alah.. Tak kan tu pu nak marah kat aku. Tak jadi apa-apa kan, tapi kalau kau kojol kat sini masa aku sergah tadi jangan risau aku belikan kain untuk kau... hehehehe".

"Belikan kain?"  Izara tergaru-garukan kepalanya yang tak gatal.

"Apa kau melalut ni Mira? kain, kain apa... bila masa pula aku citer pasal kain". Izara masih berkeaadaan demikian, masih tergaru-garu kepala yang tak gatal.

"Hahahaha... " Mira melempiaskan rasa lucunya, tak tahan lama-lama dia dengan Izara ni. Mana tak nya, minah yang satu ni memang lembap sikit otaknya kalau bab berkias ni.

"Aku tanya kau boleh gelak pulak. Cik Mira oii... hangpa gelak ni pasai pa?" Dah mula da bahasanya yang satu ni, Izara Adelia ni sememangnya manusia yang suka pakai bahasa negeri yang satu tu meskipun dia bukanlah ada perkaitan dengan negeri tu.

"Kain kapan la beb... hahahahaha. Kain kapan.." Mira meneruskan lagi aksi ketawa sedunia yang baru di ciptanya.

"Kain kapan? wait, kejap.... kurang asam punya orang kenakan aku rupanya". Mana lah dia tahu minah senget ni kenakan dia, Izara akaui memang dia jenis yang tak suka berkias tapi straight to the point kalau cakap. Tapi minah senget depannya ni tahu-tahu aje akan kelemahannya yang satu tu.

"Dalam hati nak kenakan dia dengan suara volume tahap 10 aku tadi, balik-balik aku jugak yang terkena. Memang la budak ni tak reti takut rupanya". Bermonolog lagi Izara Adelia dalam hati.

"Beb, aku nak bagitau kau ni. Semalam aku pergi show kat PWTC. Ada artis baru naik la beb, serius hansem beb". Semalam dirasakan hari yang paling best dalam hidupnya bila terlibat sama dalam satu show nyayian sempena kemunculan album single pertama milik lelaki itu. Tapi sayang tak sempat pula dia bergambar kenang-kenangan dengan artis itu.

"Tu jea.... ada apa-apa lagi ke". Izara bertanya lanjut.

"Xde, tu jea la. Kenapa ada apa-apa yang aku kena citer kat ko lagi kea". Kali ni giliran Nur Amira Anisa Binti Hasan pula yang tergaru-garu kepala yang tak gatal. Di rasanya sudah habis di ceritakan pada sahabatnya ni, sejak bila pula pandai melebih ni. Setahunya sahabatnya ni jenis yang mendengar aje apa yang di cerita, jarang mencelah.

"Beb, yang kamu terkecoh-kecoh ke sini. Sergah aku bagai nak rak tu, alih-alih ni jea yang kau nak citer". Izara Adelia, membulatkan matanya yang sepet tu...

"Kot yea pun, tutup la mulut tu. Jangan melopng sangat, ramai pandang tu". Mira memulakan strateginya, takut jugak dia dibuatnya minah depan dia ni naik minyak tak ke naya dia awal-awal pagi ni.

"Da la, aku da lambat.Aku naik atas dulu yea. Papai... ". Nur Amira Anisa cepat-cepat mengucapkan ayat selamat tu. Dalam hati, siapa yang tahu..

"Wait... Aku...". Terlambat sudah, si tukang citer da memuatkan di ke perut lif.

"Ni memang nak kena ni, pandai aje nak melarikan diri. Siapa kau Mira". Guman Izara Adelia di dalam hati,cepat-cepat dia menghabiskan roti bakarnya yang masih berbaki di atas meja.



                               

No comments: