Waktu solat

Wednesday, 9 April 2014

KISAH WECHAT VS MP BAHAGIAN 2

Assalamualaikum.... cerita apa ini wechat... kisah hidup sendiri, hehehe. Hanya untuk perkongsian. Ye, inilah kisah aku mengenali ramai orang dan berjumpa macam orang saban hari semua tu tak menyesakkan mata dan hati ku. Aku pasti semuanya adalah ketentuan allah, pertemuan dan perpisahan juga suatu takdir allah dan sebagai hamba aku hanya menjalaninya dengan sebaik mungkin.

Kisah ini bukanlah suatu yang terlalu menarik untuk diceritakan tapi aku punya sebab mengapa ku ceritakan di sini. Dia, bukanlah cintaku tapi dia manusia yang ditemukan kepadaku. Walaupun hanya melalui medan sosial we chat tapi dia manusia yang menjadi pilihan untuk ke kongsikan di laman blog peribadiku ini.

Dia, punya nama yang istimewa ckup ku namakan sebagai K. Dia memang punya rupa dan mungkin juga orang ternama. Dari gayanya dan dari pergaulannya aku lihat dia jauh berbeza dengan aku yang hanya biasa-biasa. Tapi dia punya sifat yang membuatkan aku tertarik untuk mendekatinya meskipun aku tahu hakikatnya tapi aku tidak pasti mengapa hati ini memaksa aku melangkah sedikit demi sedikit mencari tahu tentangnya.

Tapi untungnya kami tidak pernah berjumpa sekurangnya tiada apa yang menjadi sesalan dikemudian hari, biarlah takdir allah yang tentukannya. Lebih baik begitu daripada ianya berterusan dan membenamkan perasaan.

Dia merupakan seorang artis, ya aku sendiri tidak tahu dia artis tapi kerana allah aku mengatakan sejujurnya persahabatan yang cuba dijalinkan tidak pernah walau sedikit pun terselit ingin mencari pablisiti mahupun cerita sensasi apatah lagi kerana apa yang dia miliki. Sungguh aku mengenali hanya dari medan sosial youtube tapi tak sangka bertemu di we chat.

Aku langsung tak perasan siapa dia pada awal pertemuan di wechat tapi setelah berlaku pergaduhan kecil antara kami aku kembali melihat siapa dia dan apa yang membuatkan aku sedikit bersalah meskipun bukan salah aku iaitu aku sudah sedikit perasan yang aku ini baik... tidak elok menuduh melulu dan marah sesedap rasa.

Ha... ingat sahabat, jangan cepat marah tanpa usul periksa.

Tapi tak sangka juga, entah mengapa aku tiba-tiba teringat akan dia dan mencarinya untuk meminta maaf kembali.

Namun, harus aku akui dua dunia yang berbeza tak mungkin ada jalan kesudahan yang seindah kita cuba jadikan. Aku mengalah akhirnya dan aku izinkan dia remove aku. Aku tak pasti apa selepas ini aku akan bertemu di dunia realiti atau tidak tapi yang pasti aku tidak suka artis kerana apa... kerana aku tahu siapa aku dan aku tak ingin mencuba untuk mahukan apa yang tak mampu aku miliki.

Walau apa pun, aku gembira kerana aku dapat mengenalinya dan mengenali satu lagi sifat manusia bernama lelaki. :) alhamdullilah...

Semoga bahagia kahirnya...

Sekian.

No comments: