Waktu solat

Thursday, 24 April 2014

Bila usaha telah dimula*

Assalamualaikum, apa khabar semua... Sihat kaaaa, alhamdullilah jika dalam berkeadaan baik jika sebaliknya makan ubat cepat yea.

Sahabat, MP nak share tentang kejayaan ni tau. Haaa, kejayaan apa... Kejayaan dalam erti kata yang sebenar. Alhamdullilah, semakin hari kita dapat lihat negara kita kian membangun. Da setanding dengan negara maju yang lain lain ,meskipun negara kita kecil aje kita sepatutnya bangga dengan negara kita. 
Beberapa bulan ni negara kita berada dalam masalah yang kita sendiri tak pernah jangka kan, ye la macam-macam jadi sampai perdana menteri pun opening kepala di buatnya. Namun demikian, dalam berkeadaan begitu negara kita terus mengukir nama di negara orang.

Tak percaya.... Ehh2, MP tak olok-olok ok. Cer buka googgle tu, berlambak yng kua nanti tau.... :-) 

Fokus utama yang MP nak cakap kat sini ialah, meskipun negara kita ini kecik jangan pernah kita rasa sedih sepatutnya harus sebaliknya. Kita yang menentukan acuan negara Kita, kita rakyat yang bina laluan negara harus sedar itu. Membina sebuah kejayaan bagi sebuah negara seperti Malaysia yang pertama harus ada ilmu, sebab itu ilmu sangat mahal harganya....

Eh, tak percaya.... Betul la.
Sahabat sekalian, kejayaan itu bukan terus dapat macam duit yang turun dari langit. Ehhh, ada ke duit turun dari langit,hehehehe.

Macam kita kecik-kecik dulu, muka-mula merangkak pastu bertatih untuk jalan lepas kaki da betul-betul kuat baru dapat jalan kan. Haa... Bila da dapat jalan buat apa... Berlari kan.

Sama juga la dengan sebuah negara, bukan terus gah tapi naik sikit-sikit. Korang patut bangga tau, MP... Mesti bangga anak malaysia nihhh....hehehehe.

Walau apa pun yang berlaku jangan mudah mengalah. Kejayaan itu milik yang berusaha. Allah maha adil, maha kuasa dan maha mengertahui akan setiap keinginan hambanya. Allah takkan sesekali membuat hambanya merasa kecewa kecuali dengan sebab allah ingin memberikan yang lebih baik dan terbaik beat hambanya.

Sekian, assalamualaikum. :-)

No comments: