Waktu solat

Monday, 17 March 2014

Sukan berkuda & MP

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Alhamdullilah, MP datang dengan entry baru lagi.... Mula- mula blogging dulu  nak jadikan blog  agama pastu  kepada pengembaraan, ilmu pengertahuan tentang ekonomi dan keusahawanan dan lepas tu penuh lak dengan entry giveaway dan bagai-bagai lagi la.... urmm, pening dan agak bercampur tapi MP gembira inilah dunia MP, satu dalam seribu kan.... hehehehe.

Ok lah, tak mau buang masa lagi MP nak share tentang hobi baru MP dan kegemaran MP di masa lapang. Ianya tak lain tak bukan, sukan berkuda. Urmm, sesetengah orang berpendapat sukan berkuda atau aktiviti berkuda ni sesuai untuk orang kaya dan status VIP aje tapi sebenarnya tak la..

Sekarang kalau sahabat nak tau dah banyak tempat sukan berkuda yang dibuka dan harga yang di berikan juga berbaloi tau. Kalau sahabat semua tak pandai menunggang atau tak pernah atau pun jugak dah lama tak menunggang dan lupa teknik menunggang macam MP ni ha.... pun boleh terlibat dan aktif balik tau. Urmmm, untung sebab ada tenaga pengajar.

Menunggang ni juga salah satu sunnah nabi yang dianjurkan tau, bukan saja berenang dan memanah ok.

Kadangkala bila kita stress dengan kerja pastu hujung minggu selalu keluar shopping kat pasar raya atau tonton wayang apalah salahnya pergi menunggang, bukan saja dapat pengalaman baru tapi dapat jaga kesihatan dapat merasa menunggang sama seperti masa zaman dulu... ewah, pokoknya banyak sangat kelebihannya. 

Di bawah ni MP kongsikan sedikit kebaikan melakukan sukan berkuda dari segi kesihatan .

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda – tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik  pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral – termasuklah sistem penghadaman, sistem  saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.  Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sekian, 





5 comments:

Kisah Si Dairy said...

pegang kuda pun takut,nak tunggang lagi takut..tapi macam best je tengok orang menunggang..

N-fiq :D said...

Hye! ada MASALAH tuk follow blog? ok just tekan Folow--> More Option --> Follow. Cintoh kita daj letak kat entry Ga :) Join taw. hee

Ahmad Zaki said...

Bagus la ada hobi baru. Selamat menunggang. =)

ZH Blogger

mustika pena said...

selamat... thank yea zack :)

mustika pena said...

Memang best pun menunggang.... pengalamna yang paling manis. :)