Waktu solat

Thursday, 10 October 2013

STPM/ Angulia Beach Resort, Marang. Terengganu.

Assalamualaikum sahabat MP semua. ;) Apa khabar sahabat hari ni, semoga segalanya baik-baik saja kan. Insyaallah, dipermudahkan segalanya. Amin.

Oh yea, hari berganti minggu dan minggu berganti tahun tak lama lagi MP akan tamatkan pembelajaran MP di peringkat STPM. Wah!! tak sangka hampir dua tahun MP bergelar student sekolah kan. Namun insyaallah MP tidak akan hanya berhenti setakat ini, masih banyak yang perlu dilalui. Insyaallah, pasti ada tuah dan rezeki buat MP nanti bersama teman-temen seperjuangan di peringkat yang lebih tinggi. Amin. Doakan yea.. :)

Oh yea, hari ni baru MP dapat update entry baru. Yea la 3hari 2malam berada kat kem ni. Semalam pulak seharian habiskan masa dengan anak buah tak sempat lak nak update, just write and draft jea. Nak tak nak hari ni jugak baru dapat update, nak buat macam mana status pelajar sem akhir memerlukan MP berkerja keras untuk menambah baik serta tangkap sebanyak mungkin
 info yang lebih. Yea la, buat bekal untuk exam bulan November nanti.

Sahabat! memang benar  bak kata pepatah yang menyebut tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina, kerana apabila kita sudi menjadikan ilmu itu sebagai teman sejiwa pasti kita akan dapati lebih banyak benda yang rupanya kita tak tahu dan perlu kita dalami. Alhamdullilah, kem yang MP sertai kali ni memberikan banyak info berguna bahkan menambah baik diri MP buhkan hanya pada aspek lahiriah bahkan kekuatan mental dan fizikal buat persedian exam nanti. Alhamdullilah, syukur pada kekasih yang satu atas pemberiannya.

Resort yang MP pergi untk kem kali ni memang cantik pasal di belakang rumah tumpangan MP terbentang luas keindahan pantai Marang. Kapal-kapal pelaut mengindahkan lagi potret disini dan apa yang menarik bagi MP suasana kat resort ni cukup cantik. Memang sesuai untuk hilangkan stress dan masalah kerja tau.

So walau apa pun  sekali MP just nak cakap. Dimana pun kita or apa jea yang sedang kita buat jangan sesekali lupa pada yang esa. Insyaallah selagi kita menjaga batas pergaulan sebagai seorang hamba yang mengalas tanggunjawab sebagai khalifah di muka bumi ini dan sesungguhnya kita punya senjata yang paling hebat setelah usaha yakni "DOA".


Doakan MP yea sahabat semua, semoga kejayaan juga buat MP amin. :)
Kenangan untuk last kem for student sem3 2013.
Guys, all of u really make me happy, i hope after this moment we will can walk together to get the better position in our life . Ok\, cayang u all. I will miss u teacher Tengku Aziati.

Perjuangan yang sedang kita tempuhi pasti diberkati allah kerna inilah sebahagian daripada jihad dalam menuntut ilmu untuk din aplikasikan pada kerjaya dan dunia, insyaallah. Amin ;)

Thank u all. 6/10/2013-8/10/2013

5 comments:

Kisah Si Dairy said...

byk lg yg perlu ditempuhi...tamat persekolahan tidak bermakna kita sudah berjaya..hadapi hari esok dgn tabah ye..

mustika pena said...

Yea betul tu... Terima kasih yea akak ats nasihatnya. Insyaallah pasti hari-hari mendatang MP lalui dengan tabah, dan untuk MP tangga untuk MP mencedok lebih banyak ilmu baru saja bermula :)

Ahmad Zaki said...

Semoga MP berjaya dunia akhirat. Belajar kat mana pun tak kisah. Yang penting hati masih mahu belajar. Umur, jarak atau kepakaran tidak penting, yang penting buka ht utk menempuhnya. Gudluck...

Kathy Rbain said...

gudluck sis syg...

mustika pena said...

terima kasih semua, tiada apa yg MP dpt berikan diatas nasihat dan ucapan selamat dr sahabat semua. MP doakan smoga hubungan silaturahim yg kian trjalin ni akan kekal selamnya yea, dan kebahagian di dunia dan akhirat buat semua, amin.:)