Waktu solat

Friday, 11 October 2013

Keindahan Pada Solat Dan Kerinduan pada Jiwa

Assalamualaikum, syukur alhamdullilah pada allah s.w.t kerana masih memberikan kenikmatan hidup yang tiada galang gantinya. Sesungguhnya yang maha kuasa telah memberikan begitu banyak kelebihan dan keindahan untuk di syukuri oleh hambanya di muka bumi ini. Galasan kita sebagai hamba hanya sedikit berbanding dengan pemberian kenimatan dan kemewahan yang diberikan allah s.w.t kepada kita sahabat. MP juga seringkali merasa hampa dan kegagalan bila segala usaha yang dilakukan masih belum mampu memberikan apa yang di idamkan.

Merasai kegagalan bukanlah satu perhentian yang memurtamadkan segalanya tetapi itu semua simpulan seorang hambanya yang di minta bersimpuh mengadap kekasihnya yang esa, agar hamba itu tahu pada setiap keadaan tuhannya sentiasa ada buat hambanya.

Mungkin bicara MP kali ini agak jauh berbeza dengan penulisan pada bicara sebelumnya. Entahla sahabat, tiba-tiba mata ini terasa panas dan ikhlas MP sedang menfalirkan air mata.

Hehehehe.. amukan kegilaan apa yang sedang membolak balikkan hati ni ya ilahi, gangguan sedikit terjejas pabila mata ini tak mampu meneruskan ulangkaji. Teringat pada tanggunjawab yang masih belum dilaksanakan. Wudhuk di ambil dan solat didirikan. Mengapa begitu tenang wahai hati pada kala itu, ketenangan yang sukar dicari. Sesungguhnya diriku begitu beruntung kerana hamba mu yang daif ini adalah salah seorang insan yang dikau pilih menjadi hambamu yang benar-benar berada pada agama yang benar.

Ya allah, selamatkanlah insan-insan yang ku sayang. Selamatkanlah saudara-saudaraku di mana pun mereka berada ya allah. Limpahilah rahmatmu dan hidayahmu pada setiap khalifah yang dikau ciptakan di muka bumi ini ya tuhan. Oh tuhan ku, ampunilah dosa ibu bapaku, adik-beradikku, sahabat andaiku dan seluruh ummat manusia ya allah sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Ya ilahi, seandainya kehidupan ini seumpama takbir dan salam maka dikau sudahkanlah solat yang didirikan ini dengan sempurna dan terimalah segala amal perbuatan kami ya allah. Segala ujian dan halangan yang dikau berikan pada setiap hambamu adalah bertujuan untuk menjadikan hambamu seorang insan yang mengenal penciptanya. Segala kesakitan yang dikau ciptakan adalah bertujuan menjadikan kesabaran itu sebagai penahan dari kesakitan dunia dan akhirat adalah sebenar-benar keperluan dan tempat untuk setiap hambamu mengira keuntungan atau kerugiannya.

Semoga keampunan dan amalan kami dikau terima ya ilahi, amin. Rahmati dan jadikanlah kami ikhwan rinduan rasullulah yang memberikan khabar gembira buatnya. Amin Ya Rabb.

Waallahualam, sekian.

3 comments:

Kathy Rbain said...

perkongsian menarik..

Yumida Huda said...

moga kita tabah mengharungi onak hidup
sentiasa memohon n mengadu pdNya, dia maha mendengar
follow sini

Ahmad Zaki said...

Bila dapat bertemu dengan Maha Pencipta. =)