Waktu solat

Tuesday, 1 October 2013

Bersuara Dari Kotak Minda Pencetus Nasihat Berguna :)

Assalamualaikum semua sahabat MP yang baik hati.:) Sedang buat apa tu yea agaknya, oh yea. Beberapa
hari tak update apa-apa rasa janggal pulak tapi masa yang terluang walaupun singkat tetap jugak MP singgah. Beberapa hari sibuk dengan study list sampai tak berkesempatan nak bukak citer baru kat sini, so bila sempat bukak MP just blogwalking jea kat laman blog blogger lain.

Hari ni MP ada ujian kat sekolah, yea la sebagai pelajar sem akhir STPM 2013 memang agak terkejar-kejar jugak la. Ujian hari ni alhamdullilah, MP dapat buat dengan suksesnya. Rasa berbaloi pulak bersengkam mata dan berjaga malam untuk study. Benarlah apa yang orang cakap kalau seseorang manusia itu berusaha dan berjaya melakukannya dengan cemerlang itu semua adalah tandanya usahanya membuahkan hasil dan berbaloi. Insyaallah, jika dimakbulkan hajat dan impian tahun hadapan pasti MP akan tetap menjejakkan kaki ke menara gading. Amin...

Doakan MP yea.. sahabat yang manis dan hansem yang duk baca entry MP nie.

Apa-apa hal pun, dalam kita berusaha jangan lupa kita bermunajat kepada allah s.w.t, kekasih yang utama agar apa yang kita kerjakan sehar-hari membuahkan hasil dan mampu di tuai dengan nilai yang tinggi bila tiba masanya. Berkat doa dari ayah dan ibu juga penting, semua itu adalah tulang belulang di sebalik kejayaan seorang anak. Haa.... betul tak apa MP cakap, yea la.. Tak guna jika kita seorang yang bijak pandai tapi akhlak dengan ayah ibu sebaliknya. Wallahualam.

Nampaknya setakat ni saja la dulu wadah bicara MP untuk kali nie, ada urusan yang perlu di laksanakan nanti kalau ada masa MP singgah sini lagi dengan giveawey dah wadah santapan kerohanian serta minda yang bermanfaat lagi ok. Sekian, wassalam.


3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

semoga segalanya dipermudahkan dilancarkan oleh Allah buat MP yer...

Ahmad Zaki said...

Ye la. MP akan berjaya nanti. Caiyok2....

mustika pena said...

Terima kasih, amin... MP doakan semua sahabat MP juga akan dirahmati allah selalu, amin. :D