Waktu solat

Saturday, 19 October 2013

3 Perkara Tentuan Seorang Hamba

Assalamualaikum dan salam bual bicara, alhamdullilah bersyukur pada allah kerana masih terus meminjamkan sesuatu yang tersangatlah berharga yakni oksigen yang sedang kita gunakan bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang hambanya yang masih bernyawa. Allah huakbar.... sesungguhnya tiada satu pun yang lain mampu menandingi kekuasaannya.
Allah hurabbi...

Sahabat, pada ketika ini MP dikhabarkan tentang pemergian seorang insan yang menjadi kesayangan dan dicintai oleh anak-anaknya. Ayahanda kepada abang angkat MP telah pun dijemput kembali kepada yang maha pencipta. Sebesar apa pun kasih seorang isteri dan kasih anak kepada bapanya andai takdir dan ketentuan telah tersurat maka setiap yang hidup pasti merasai mati. Allah huakbar...

Sahabat MP yang dirahmati allah, sebenarnya kematian itu bukanlah sebagai titik pengabisan pada setiap kehidupan tapi yang sebenarnya ianya satu permulaan dimana setiap amal yang kita kerjakan akan dikira . Pelbagai andai sesetengah orang menyangkal bahawa setelah seseorang itu mati, dirinya tidak akan lagi terbeban dengan apa yang dikerjakannya di dunia. Semua sangkaan itu silap, sebagai ummat islam, kita sendiri ketahui bahawa pabila matinya seseorang anak adam yang dibawanya hanyalah 3 perkara.


1: Amal Jariah
2: Ilmu yang bermanfaat 
3: Doa anak-anak yang soleh

Tiada satu pun di sini menyatakan kita akan membawa harta kekayaan dunia, kereta mewah, isteri yang cantik, apatah lagi pangkat yang mampu membezakan seseorang hamba allah itu. Segalanya sama di sisi yang maha pencipta. 


MP masih ingat pada kata-kata seorang guru agama, katanya"  ramai orang mendengar perkhabaran tentang kematian namun tidak ramai yang mengambil iktibar pada setiap kematian".

Sahabat MP yang kasihi allah semua, sebenarnya kita hidup ini membawa matlamat dan tanggunjawab. Sebagai hamba allah, kita perlulah berusaha sentiasa membaiki dan menambah baik segala perbuatan. Kita tidak akan terlepas dari sebarang kesilapan namun usah kita berputus asa dalam membaiki diri. Insyaallah segalanya akanmenjadi lebih baik selagi kita tidak berputus asa dan berpaling dari kasih allah s.w.t. 

Sahabat, di kesempatan ini marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah buat ayah kepada abang angkat MP. Semoga segala amal perbuatannya diterima allah dan rohnya ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang beriman. Amin Ya Rabb.

Di sebelah kanan ni gambar kesayangan milik abang angkat MP. Sebelah hujung sana, arwah pakcik iaitu ayah kepada abang angkat MP, Meor Syahrul Azmi.

Abg Mior memang sangat sayangkan ayah dan ibunya namun kasih yang maha pencipta melebihi kasih setiap hambanya. Insyaallah, segalanya akan baik-baik saja. Insyaallah, semoga abg mior dan keluarga bertenang dan terus bersabar dengan setiap cubaan yang mendatang,amin.

Sekian, Wassalam.


5 comments:

Kathy Rbain said...

perkongsian menarik..

Ahmad Zaki said...

Betul tu. Tiggal lah segalanya kecuali 3 perkara tu. =)

Raudzah Z said...

Alfatihah untuk arwah..semoga ditempatkan bersama orang yang beriman..

Marzuq Azizan said...

Mp stand utk apa ea? maaf :)
salam perkenalan dan takziah diucapkan

mustika pena said...

Stand? maksubnya nak tau MP tu singkatan utk apa kea. Klau tu, MP adlh nma singktn utk nama pena saya. Mustika Pena :)