Waktu solat

Thursday, 5 September 2013

Suara rakyat _ Minyak? Oh yea.. Minyak.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.
Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.
Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.
Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.
Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.
Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?
Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.
Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.
Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.
Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.
Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.
Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.
Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?
Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan....


*~*~*~*
Salam ukhwah sahabat MP yang comel, hensem kat depan pc tu. Alhamdullilah, syukur pada allah kerana masih memberikan ruang dan masa untuk kita sama2 berinteraksi antara satu sama lain bagi merapatkan ukhwah. Alhamdullilah..... korang dah baca petikan atas tu, apa pandang korang semua... betul x apa yang di luahkan tu. Bukanlah dengan berbicara macam ni bertujuan saja nak provok mahupun nak memperlekehkan tindakan kerajaan, jangan salah faham... tak sama sekali tapi suara rakyat... perlu jugak kita  dengar, tu semua kan bagi menstabil dan mengharmonikan negara. Allah huakbar.... saling lah kita memahami dan sedari. 

MP terbaca satu luahan dari sahabat kita di laman sosial.... hanyalah bicara ikhlas dari hatinya, yang bagi MP ada betulnya.

sekian... wassalam

5 comments:

Fatin Qistina said...

Salam MP.. Selamat brkenalan. Nurul setuju, 20sen nampak kecil tp bila dikira utk budget sebulan.. urmm... nampak la banyak.. bezanye tu lepas la lauk seminggu... huhuhu

Kathy Rbain said...

harap2 kebajikan rak yat di dahulukan...

mustika pena said...

Wassalam.... salam berknalan dr MP juga buat Nurul. Tu la... klau nk kira beza 20$ yg burn tu, dalam sbuln tau la... nak2 klau bnyk tnggungng pstu nk kira utk bil lg... tu tak kira duit minyk kndraan hri2. Kalau gaji 10 ribu takde terasa sangat tp kalau org yg ngji 1ribu ke bawah.... memng agk fenimmm kpala.


Assalamualaikum kak Kathy,smoga kbjikn rkyat didhulukn sprt mna yg di jnjikan... kan. Sama2 lah kita brdoa, amin. thank kak sudi singgah :)

Saljiah Zafirah said...

sebagai peniaga online, 20sen sangat berguna untuk tentukan untung n rugi dalam sebulan.

mustika pena said...

Btul tu,mp yg hnya krja smbiln prmosi brngn kwan2 pn trut trasa bila birkisr dgn nilai mata wang yng mnjd keuntngn brubah agak mndadak...