Waktu solat

Tuesday, 17 September 2013

Masa Yang Mengekam atau MP yang mengancam. :D

Assalamualaikum dan salam ukhwah buat sahabat MP semua. Alhamdullilah hari ini MP di berikan masa untuk menaip pada papan kekunci dengan lama sedikit.  Itu la, bila manusia itu di kelilingi dengan kesibukan sukar nak mengikut peraturan yang di atur. Namun dalam kesibukan mengulang kaji dan assigmant penggal 3 MP masih mampu menyingah. Namun tak la sehangat yang sebelumnya. Tapi it ok la dari tak menjengah langsung blog kesayangan MP ni kan.

Korang... boleh bagi pendapat tak kalau MP tanya korang macam mana nak manage masa dengan lebih baik, ni bukan bererti MP hilang cara cuma kadang-kadang tak teratur jugak. Agak memeningkan bila bangun awal pagi terpaksa kemas buku dulu pastu bereskan hal-hal lain. MP punya stail lain sikit, MP lebih suka belajar lewat malam sampai kadang-kadang tak sedar masa dah ke angka 3...4 pagi. Pastu siang harinya lebih banyak habiskan masa dengan home work tapi tak lama dalam sejam dua pastu tutup buku, baca buku cerita,hehehehe.

Entah la, kesihatan jugak agak terganggu sekarang nak tidur awal memang tak la pasal MP tak boleh tidur awal. Kalau dalam pukul 9 dah tidur mesti pukul 10 bangun balik. Kalau dulu MP tak pernah tidur waktu dalam kelas tapi sekarang bila jea cikgu panjang lebar bagi penerangan, haa... mula la MP nak terlentok atas meja. Tapi masih mampu tahan cuma kadang-kadang terlajak sikit.. :D

So, pada sahabat MP yang menyinggah blog MP ni harap sangat korang leh la bagi sedikit pendapat. Janganlah pedas sangat nanti MP nanti...hehhehhehe. Pendapat yang ikhlas tau.

Sebenarnya MP tansion gan exam yang tak lama lagi, so tempat MP rest otak dan cuci balik habuk-habuk yang dah melekat kat sini la. So harap ada sahabat-sahabat yang sudi memberikan pandangan ikhlas. Amin.
Terima kasih menyinggah, apa2 hal jangan lupa follow me.. :p
wassalam, sekian.

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

kadang2 tak terkawal juga, tapi kena gagahkan diri dan kuatkan semangat jugak... heee...