Waktu solat

Saturday, 31 August 2013

Merdeka! Merdeka! Terima Kasih Para Pejuangku.


Assalamualaikum... alhamdullilah, termaktub jua dalam sejarah Malaysia untuk kemerdekaan pada tahun ni kali yang ke 56. Sesungguhnya marilah kita bersama-sama memanjatkan rasa syukur kepada allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatnya kita masih lagi berjaya mengecapi kemerdekaan untuk yang sekian kalinya. Allah huakbar!!

Sahabat! kemerdekaan yang sedang kita kecapi ini perlu kita jaga dan pertahankan selamya agar anak cucu dan generasi kita yang akan datang akan turut sama mengecapi apa yang kita sedang kecapi ini.

Sahabat!! Ayuh bangkit. Jangan hanya merdeka pada negara dan bunyinya saja tapi satu lagi perjuangan yang perlu kita pertahankan dan kukuhkan adalah merdeka pada akal fikiran dan dari hasutan ideologi barat yang kian bercambah pada minda masyarakat merdeka seperti kita semua.

Pada ketika ini, alhamdullilah negara kita Malaysia masih aman tanpa sebarang masalah seperti kekacauan yang sedang berlaku di negara saudara kita di luar sana. Namun, sedar atau tidak satu ancaman dan perperangan sedang berlaku pada kita iaitu "PERANG MINDA".

Ayuh!! sama-samalah kita berusaha menjadi yang merdeka pada dasar yang sebenar-benarnya. Insyaallah, pasti berjaya. Permudahkanlah ya tuhanku... amin.