Waktu solat

Tuesday, 27 August 2013

Marah kea... ?_?

Salam ukhwah sahabat. Sesungguhnya keindahan dan kenikmatan hidup seorang insan itu bergantung pada apa yang di kerjakannya sehariannya.

Korang rasalah kalau hari-hari kita rasa nak marah. Hari-hari kita rasa menyampah dan hari-hari kita terus tanam dalam jiwa kita rasa marah sebab kenangkan kesalahan orang bila pulak kita nak rasa tak marah. Bila pulak kita nak merasai kegembiraan yang sejati. so mana kenikmatan hidup tu dan kelamaan kita akan menjadi manusia yang tidak tahu bersyukur dengan kurnian yang bernilai. Oppss... lain bunyinya kan. MP juga ada semua perasaan tu, tapi kalau di pendam lama dalam jiwa rosak hati musnah diri.

yea... betul tu. 100% huhuhu

Apa-apa pun kita cuba muhasabah diri pulak... dimana silap kita sehinggakan semua itu terjadi. Hidup ini singkat sahabat. MP sangat sayangkan kehidupan ni... sesetengah orang susah nak percaya sebab manusia itu hipokrit Yepp... kalau nak cakap siapa hipokrit rasanya baik tunding jari kat diri sendiri pun perlu kot  sebab kita jugak hipokrit + ego sebab tak nak mengaku dalam hati tu ada CINTA.

Hah? apa MP mengarut ni... tang mana pulak mai bab cinta nim...hehehehehe.

Sahabat!!

Kalau kita semua nak marah sekalipun cuba fikir balik apa tindakan yang bakal kita lakukan itu akan membuatkan hati insan lain terluka atau tak. Tak kira lah yang berada depan mata kita atau di alam maya sekalipun. Kadangkala melalui penulisan juga kita akan mendapat dosa free sahabat, yea la... dosa yang tanpa kita sedari.

MP masih ingat kata-kata arwah ayahanda Kassim MP yang sifatnya sangat menyenangkan tapi yea la orang yang kita sangat sayang dan baik hati lagi manusia sayang lagilah allah sayang kan sahabat.. Hurm.... semuanya suratan, meskipun pada hembusan terakhirnya MP tak sempat jumpa sebab terlalu sibuk dengan assigmant tapi MP tahu yang jasanya sangat besar dan takkan mudah di lupakan meskipun beliau dah takde MP akan selalu doakan agar rohnya ditempatkan dikalanagn orang-orang yang beriman.Amin... Pernah beliau nak marahkan kitaorang pasal malas nak buat kerja sekolah tapi dia terus cuba senyum dan berdiam diri. Sedari itu kitaorang perasan yang muka dia yang pada asalnya marah tapi tak jadi, tapi kitaorang tahu ada rasa marah tapi di sebabkan CINTA+ SAYANG so semua tu tak mampu nak menandingi untuk marahkan kami. :D

So apa yang kita semua boleh contoh kat sini ialah kita semua sebagai manusia memang tak lepas dari semua ni tapi janganlah jadikan semua ni sebagai laluan untuk kita lepas geram tak tentu pasal bahkan jangan kita cuba menyalahkan orang lain, cuba cek balik kat mana silap kita sehinggakan terjadinya konflik perasaan ni. Huhuhu..

Ok lah... dah banyak rasanya MP lontarkan bicara untuk entry kali ni. Jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata harap di maaf yea...

Entry ini tiada kaitan dengan sesiapa cuma peringatan dan ingatan kisah yang banyak mengubah diri ini menjadi orang yang tak cepat melenting lagi. Hehehehe

Oh yea sebelum terlupa.... Senyum sikit. :D

Nah tu dia.... kan comel+ cantik (untuk girl)+ hensem (untuk boy) k...

Sekian... wassalam.




No comments: