Waktu solat

Sunday, 25 August 2013

Jika hatiku benci pada CINTA!

Salam ukhwah sahabat MP semua. Thank yepp sebab sudi singgah ke blog ni. Semoga entry MP dapat kunjungan yang banyak sekaligus komen-komen yang bernas yea... Alhamdullilah, hari ni MP sekali lagi berbicara soal hati dan lebih jiwang lah sikit..  :D

Cinta!! ada apa dengan cinta?

Susah lah nak berbicara tentang cinta. Kadangkala kerana cinta seorang anak sanggup menderhaka. Kerana cinta maruah diri sanggup diperlekehkan orang. Kerana cinta jiwa merana. Kerana cinta juga rosak segala-galanya. Allah.... cinta itu kadangkala merimaskan kadangkala sangat mengindahkan. Yupp... hati bagaikan melayang-layang di udara... nasihat usah dikatakanlah... semuanya takleh pakai saat hati di bunai dengan cinta.

Persoalannya sekarang bagaimana jika hatiku benci pada cinta? Wah!! MP dah pandai bercakap soal cinta...hehehe. 

Kalau ditanya pada hati, bohonglah jika MP mengatakan yang benci pada cinta tahap kritikal... Silap tuh, MP tidak suka jika cinta itu menjadikan MP lupa pada tanggunjawab yang perlu di lunaskan. Itu aje...

Jika hati benci pada cinta barangkali dunia ini dipenuhi dengan dendam. Yea la... tiada lagi perasaan kasih dan saynag yang menjadi tali pengikat kepada penyambungan ukhwah.. dan tanda kesabaran seorang insan. Kerana itu jika membenci jangan terlalu membenci jika menyayangi jangan terlalu menyayangi khuatir merosak pada diri sendiri.

Sahabat... cara yang terbaiknya adalah menerima pemberian terindah ini dan bersyukurlah atas kurniaannya ini. Sekaligus sematkan di hati dengan tawakal kepada allah dan utuhkan pegangan kepada ajaran islam. Kerana sesungguhnya allah lebih mengertahui apa yang tidak kita ketahui... 

Sekian... Wassalam sahabat MP. :)

2 comments:

Aku Penghibur said...

carilah seseorang yang mampu meningkatkan iman kita, datangnya membawa sinar , perginya juga memberi pengajaran :)

mustika pena said...

insyaallah, sahabat.