Waktu solat

Friday, 30 August 2013

Apabila Matinya Akal Seorang Manusia

Assalamualaikum dan salam bual bicara sahabat MP semua. Alhamdullilah sehari yang lepas MP tak dapat nak update entry baru , sukar nak berbicara sekarang memandangkan ada sedikit masalah di sekitar tempat tinggal MP. Semalam pun MP tidur dalam keadaan yang tak berapa lena asyik terkejut dan terkejut jea. Allah huakbar...

Sahabat! beberapa hari yang lepas pada hari isnin ada seorang nenek tua meninggal sebab di pukul oleh cucu tirinya yang sakit jiwa. Apa yang MP tau nenek tua tu tinggal bersama suaminya dan pada kejadian itu, cucunya datang ke rumah mereka dan mungkin terdapat pergaduhan kecil di antara mereka, akibatnya nenek tua itu di pukul dan di pendekkan cerita setelah kejadian itu cucunya lari dari rumah neneknya itu. Nenek tua itu di hantar ke hospital dan ke esokkan harinya lebih kurang dalam pukul 5 lebih, nenek tu meninggal.

Pagi tu juga MP dengar bunyi geduk (Pukulan) menandakan ada orang yang meninggal di kampung MP. Rasanya dalam pukul 6.45 macam tu la pasal masa bunyi geduk tu MP baru jea selesai solat, mak gan ayah pun turut pasang telinga bila bunyi geduk panjang jea... kami pasti tu bunyi menandakan ada orang meninggal. Allah.... terdetak jugak saat tu apa mungkin nenek tua tu yang meninggal. MP seperti biasa bersiap nak turun dari umah nak ke sekolah pasal jadual kelas sebagai budak Stpm sem 3 tak macam budak-budak kolej, kitaorang kena ikut jadual seperti pelajar sekolah menengah.

Semasa di sekolah, member MP ada jugak yang bercakap yang orang kampung yang meninggal tu adalah nenek tua yang di pukul tu. Terkejut jugak MP, lepas jea selesai sesi pembelajaran MP pun balik seperti pelajar lain. Sampai jea umah, mak terus cakap yang memang betul nenek tua tu yang meninggal.

Esok harinya MP dengar cucu nenek tua tu ada sembunyi sekitar umah MP, apa lagi kecut perut jugak Mp dengar. Rasa tak selamat pun ada. MP pendekkan citer lagi ok, Cucu nenek tua tu namanya Daud (bukan nama sebenar) dan abang Daud ni dulunya MP dengar dia ok tapi lepas terkena dengan minyak dagu masa dia tinggal satu umah dengan orang serawak dia terus jadi tak betul tau... apa yang mengejutkan lagi dia siap makan nasi dalam tong sampah lagi. Bila dah jadi macam tu, parent dia bawak balik kampung then  berubat tapi still tak sihat sampai la sekarang. Apa yang MP tahu ada benda yang duduk sekali dengan dia dan dia jugak pernah cakap yang bila dia buat apa-apa bukan dia yang nak tapi benda yang ada kat samping dia tu yang paksa dia buat.

Sambung citer tadi, memang betul dia tinggal kat kebun durian nenek dia tu. Polis jugak buat operasi tangkap tapi still tak dapat. Mak pernah tengok dua hari lepas dia ada kat sungai berhampiran umah MP dan cakap sorang-sorang pastu siap dongak ke atas pokok marah-marah dan panggil entah sape kat atas pokok tu supaya turun bawah dan gaduh dengan dia kalau betul kuat. Hurm.... MP tak tau nak cakap apa, buntu kejap sekarang sampai nak menaip entry pun rasa terganggu pasal dia masih bolos dari polis.

Apa yang menjadikan keluarga kami takut juga hari rabu kemalrin, angsa haiwan peliharaan ayah mati di sembelihnya dan kami sekeluarga pun tak sedar time mana dia mai umah dan tangkap angsa tu. Kami sekeluarga memang tak kurung pasal saya tak suka haiwan belaan di kurung kecuali kalau terpaksa dan hujan lebat.

Malam kejadian ialah hari rabu bersamaan dengan malam khamis, MP yang tidur paling lewat dalam pukul 1 lebih pasal sudahkan assigment. Masa tu ada la bunyi bising kat luar umah tapi tak terasa macam ada orang kat luar pun tapi umah memang dah kunci rapat semua yea la... bimbang jugak.

Esoknya macam biasa MP pergi sekolah tapi tengahari tu bila MP sampai kat umah, mak cakap angsa kami dah mati di sembelih abang Daud tu, sebab masa pagi tu abang tiri kepada abang Daud tu nak pi bagi nasi sebab kesian kat dia tapi dia takde kat pondok kebun tu, yang ada ialah sekor angsa putih yang masih baru dan hampir putus kepalanya. Abang dia pun balik dan kebetulan berjumpa dengan abang ipar MP, dia pun tanyakanlah ada tak orang kampung yang bela angsa putih? abang ipar MP cakap ada, ayah mertua dia. Ayah MP la, apa lagi terkejut abang ipar bila dia cakap ada angsa mati kena sembelih kat pondok tu.

Allah.... tak tau la MP sahabat. Tengahari tu bila MP balik umah, ayah gan mak cakap diorang nak pi tengok jugak angsa kami yang mati tu. Sahabat, kami sayang tak usah cakap lah.. bela dari kecil sampai besar. Kami sekeluarga pun tak sampai hati nak sembelih walaupun boleh dimakan angsa tu tapi sebab kami sayang. Tak sanggup sahabat!

Mak gan ayah beranikan diri takut dia ada lagi kat pondok tu, walaupun polis bekali-kali cuba nak tangkap dan terlepas tak mustahil dia akan terus duduk kat situ sebab dia tahu orang takut dengan dia dan takkan berani buat macam-macam. Mak ayah pergi jugak, hanya doa lah yang mengiringi sebagai jagaan tawakal dan usaha MP. Alhamdullilah semuanya ok dan selamat, mak ayah citer angsa kami tu dah siap di cabut bulunya tunggu masa nak panggang jea ada kat atas bonggol kayu dengan kepala tergantung kebawah dan kat situ jugak ada seekor bangkai burung yang dah busuk, mungkin dah mati beberapa hari. Tak apsti la apa yang sedang dia cuba nak lakukan tapi darah memang takde kat situ. Kami khuatir jika dia minum darah haiwan tu pasal kalau betul dia makan burung tu mesti dia dah panggang burung tu kan, ni tak sampai berulat dan jadi bangkai burung tu.

Sekitar pondok tu jugak ada banyak bulu angsa kami yang mati tu dan ada satu guni kat tepi pondok tu, mak ayah cakap dalam tu banyak bulu angsa dan ada dua ekor puyuh masih hidup. Entah la apa nasib puyuh tu sahabat. Apa yang pasti kami memang tengah berjaga-jaga sekarang, mudah mudahan semuanya selamat dan abnag Daud akan di tangkap dan di hantar ke rumah sakit jiwa secepatnya bagi keselamatan orang kampung dan kami sekeluarga yang berada dekat dengannya sekarang.

Allah! selamatkanlah kami dan permudahkanlah urusan kami. Bantu kami ya allah.... Amin ya allah

No comments: