Waktu solat

Wednesday, 28 August 2013

Adakah hanya kerna aku wanita

Assalamualaikum dan salam berbahagia buat sahabat semua sahabat yang sudi menyinggah di laman MP. Syukur kepada allah s.w.t kerana sesungguhnya masih melancarkan pergerakanku dan masih lagi meminjamkan ruang masa untuk MP berbicara. Alhamdullilah... Segala puji-pujian hanya pada allah yang maha mengasihi akan hamba-hambanya.

Sahabat! Sebaik-baik perhiasan indah dunia adalah wanita solehah dan jika demikian itu perumpamaannya samalah juga dengan insan yang bernama lelaki. Allah s.w.t telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian dan jika pasti seorang insan itu mengerti pasti galasan tugasnya dijalankan sebaiknya.

Jika dahulu MP sering membayangkan apakah kerana pangkat dan taraf seseorang insan itu yang menjadikan mereka berbeza dengan insan lain tapi kini sangkaan itu kian meleset kerna apa. Mungkin kerna aku juga salah seorang manusia yang bergelar wanita. Urm.... mungkin kerna itu juga taraf wanita itu pada hakikatnya masih di bawah. Jika rasullulah masih ada mungkin ikhwan mu yang bernama wanita ini tahu diri mereka masih diperlukan. Adalah wanita itu terlalu banyak mengganggu wahai insan....

Jikalau sekalipun pada sepohon pokok kelapa itu punya buah yang rosak masakan semuanya. Jikalau sekalipun pada sebelanga susu itu tertitik setitik nila masakan semuanya rosak. Pada dasar susu itu masih suci bukan. Hanya setitik sahabat! jika benar diketahui pada buah itu punya khasiatnya takkan lah tak boleh diminum langsung sebahagian airnya.

Hanya kerana suatu ketika itu luka itu di mula dengan wanita bagi kalian bagaimana pula dengan keadaannya yang di mulakan dengan lelaki?

Jika kerana darjat itu pada seorang wanita... bagaimana pula situasinya dengan darjat yang dimulakan pada seorang lelaki?

Seandainya luka itu pada seorang lelaki tak tertanggung jiwanya bagaimana pula luka pada jiwa wanita pula?

Di akui jiwa seorang insan yang bernama lelaki di sebalik ke egoaan itu ada jiwa yang lembut dan juga lemah tapi bagaimana tegar dan kuatnya jiwa wanita? Bukankah wanita itu sifatnya juga lemah. Habis apa bezanya... jika susahnya bangkit kerna wanita pasti lebih susah buat wanita bangkit kerana seorang yang bernama lelaki.

Sekian, wassalam untuk bicara entry sekian kalinya.


No comments: