Waktu solat

Monday, 1 July 2013

Semut Hitam VS Keikhlasan

 

 "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"

Assalamualaikum dan salam bual bicara semua. Indah sungguh kata-kata di atas bukan... ia lah keikhlasan, suatu yang umum untuk dipertikaikan namun ianya penting dan amat berguna dalam hidup. Sahabat tahu tidak, keikhlasan bukan boleh di perkatakan dengan sesedap rasa dan semanis gula. Keikhlasan sentiasa di benarkan dengan tindakan seseorang individu tanpa melihat kepada balasan. 

Uhh!!! susah nak faham? pening dengan kata-kata MP. Jom baca lagi....

Begini maksub saya ialah keikhlasan takkan mudah kita ketahui jika hanya bermain pada kata tapi jika ditonjol dengan perbuatan maka itu dinamakan keikhlasan. MP bagi contoh yang mudah kita faham ok. Katakan saja yang hati telah dicuri oleh pencuri cinta, apa kalian yakin dia benar-benar seorang yang punya keikhlasan dan tahu menghargai cinta. Kita tidak pasti apatah lagi tahu apa benar rasa kecundang, bukanlah rintangan yang menggugat rasa keikhlasan nanti. 

Apa yang kita mampu lakukan. Jangan benci pada rasa indah itu sahabat, apatah lagi menidak akan kewujudan keikhlasan. Cuma ianya suatu yang sukar dilihat dan dikenalpasti akan kehadirannya. Jadi apa yang perlu dilakukan? Maka caranya hanyalah ikhlaskan juga lah hati kita baru lah kita mampu lihat apa ikhlas atau tidak seseorang yang lain. Allah maha mengertahui akan rasa pada hati makhluk ciptaannya. Mana mungkin dia akan mengecewakan harapan hambanya dalam mencari keikhlasan makhluk ciptaan hambanya yang lain juga. 

Jika sahabat merenung sebaik-baik pepatah di atas. Kita pasti akan lihat kebenaran mengenai perumpamaan semut hitam itu kan. Hehehehe, memang sukar dilihat dengan mata dunia namun jika dilihat pada mata jiwa kita akan jumpa.

Keikhlasan seorang penderma juga bukan hanya pada jumlah wang yang di dermakan namun pada riak dan perbuatannya. Adakalanya kita melihat seorang penderma kaya, jumlah wangnya banyak sekali namun hatinya hitam dan dikejarnya hanya publisiti murahan. Di suatu masa yang lain pula, seorang penderma yang tipis poketnya namun riaknya hanya gambarkan suatu rasa "terimalah pemberianku meskipun ianya sedikit, insyaallah mampu membantu sekadar keperluanmu".

Allah!! hati keikhlasan ini sukar dilihat pada hari ini dan ketika ini. Inya seperti bayang-bayang masih wujub tapi tidak bisa disentuh.

Apa kita ikhlas dan memberi sesuatu atau hanyalah mahukan orang lain mengenali kita atau bahkan juga hanya mahu manusia mengenal dialah manusia mulia. Tidak mahu kita dilihat oleh yang maha esa, inilah hamba ku yang mulia. Meskipun didunia manusia biasa tapi hatinya punya permata syurga.

Sahabat! keikhlasan sukar dilat. Sungguh, MP juga begitu... sukar untuk melihat kebenaran keikhlasan namun allah kan ada... yakin padanya. Jika kita ikhlas pasti balasannya juga ikhlas.

MP hanya berbicara pada rasa dan keadaan dunia. Inilah dunia pena, semoga manfaat akan di kongsi bersama dan allah memberkati kita... Amin. Salam ukhwah sahabat pena. 



4 comments:

Lynn Munir said...

Keikhlasan memang sukar dibuat tafsiran. Kadang mulut menyebut ikhlas tapi dihati dan tahap keikhlasan itu sendiri....hanya ALLAH juga yang mengetahui. Dari itu saya lebih suka memulangkan setiap ibadah ' kerana ALLAH TA'ALA ' kerana hanya DIA yang berhak memberikan 'markah' keikhlasan kita tadi.
Salam kenal dari saya :-)

mustika pena said...

betul sahabat.... sesungguhnya hanya allah yang menentukan segalanya.. amin. Salam perkenalan juga dari saya :)

Anonymous said...

keikhlasan itu indah... :)

imah saemah said...

Best lah baca artikal MP.. wlaupun pandek tapi ada makna