Waktu solat

Wednesday, 6 February 2013

Maaf! apakah itu sukar

Salam bicara.. Aku ingin mulakan bicara dengan satu ungkapan maaf jika aku pernah melampau batas dalam bicara tak kiasah la dimana sama ada di ruang catatan ini atau pun di mana saja pertemuan tercipta. Bagi aku ucapan maaf adalah suatu yang paling bernilai tak mampu di beli dengan intan permata bahkan kau tak mampu untuk mempertaruhkannya dengan harga.

Kenapa sukar sekali untuk mengucapkan perkataan maaf. Adakah ianya terlalu mahal hinggakan terlalu sukar untuk hatimu mengungkapkan maaf padahal ianya suatu yang bermakna dan menunjukkan dirimu bukan lah seorang yang ego.

Setiap pertemuan akan ada penghujungnya begitu juga dengan persahabatan satu saat akan tetap juga di goyah. Kita semua sama sukar untuik merendahkan ego sendiri tidak kira lah lelaki mahupun wanita. Sesetengah orang merasakan dia terlalu susah untuk mengucapkan perkataan maaf itu jika kawannya tidak mengatakannya terlebih dahulu. Sukar sangat ke nak minta maaf!! apa yang di agungkan sangat dengan ego kamu yang satu hari tetap juga akan berada di bawah. Apa ianya akan menyelamatkan suatu persahabatan. Jawapannya tidak bukan.

So apa yang menjadikan kamu begitu sombong dan bangga !

Pena: Bicara yang menandakan aku sedang melepas geram >_<

Tiba tiba ternampak pakcik tukang kebun tengah bersih pokok bunga. Wajah yang di mamah usia tu tak sedikit pun tercalik rasa marah dan ego meskipun  aku tahu mungkin kerjanya bukan kerja yang bergaji lumayan.

Tengok rama -rama ni walaupun hidup tak lama tapi dia sentiasa gembira dan sentiasa menceriakan orang lain dengan warna. :)


Pakcik macam mana pakcik boleh setabah itu. Dari wajah itu juga aku tahu kamu sudah mengenal erti kehidupan ini. Terlalu banyak halangan kan tapi apakah tiada rasa ego itu dalam diri? Mungkin kalau pakcik mendengar bicara ini pakcik akan katakan apa guna kita meletakkan ego di akal padahal akal itu lebih baik dari ego... betul tak pakcik.

Aku teringat kata-kata dari seseorang yang pernah berbicara pada kau suatu ketika. "Maaf itu bagi aku terlalu mahal untuk di ungkap kerana jika ianya terlalu murah untuk di ungkap ianya akan menjadi suatu yang tak bernilai untuk dihargai".

Siapa kata ucapan maaf itu akan menjadi tak berharga jika selalu di ungkap. Kamu silap jika masih berpegang dengan kata itu. Sebenarnya bila seseorang itu berani mengatakan maaf itu bermakna dia menyesali kesilapannya dan kekadang ianya bukanlah salah dia tapi kerana dia tidak meletakkan ego di akal maka akalnya adalah penghuni tetap kotak minda.

Kita menganggap bila seseorang meminta maaf bererti dia pernah melakukan kesalahn dan mengharap dirinya di maafkan. Apa tak terfikir ke di akal waras itu bahawa dia manusia yang lebih baik pekertinya kerana merendahkan dirinya hanya kerana ingin mengalah dari terus bertekak dengan kamu. Apa tak terfikir kamu siapa dia di mata kamu.

Mulakan langkah baru jangan terlalu sombong untuk mengucapkan kata maaf. Maafkan diri kamu. Maafkan semua insyaallah redha allah dan keampunan dari allah buat kamu.

Wassalam................

1 comment:

mustika pena said...

maafkan semua agar hatimu sentiasa ceria.