Waktu solat

Wednesday, 6 February 2013

Kepulangan

" Kala lafaz istighfar tidak lagi menggegar jiwa, Tika tasbih pujian tidak meresap ke dalam hati, Saat doa hanya untaian kata tanpa secalit rasa, Bacalah AlQuran. Semoga firman Allah melembutkan hati yang keras. dan menghapus luka hatimu dengan air mata keranaNya"

Salam bual bicara.. Mata meminta kolopak mata ini memejamkan panca indera seketika.Bicara tertaip lancar kerana niat masih mengasah kata. Kepenatan yang menjalar menyakitkan segenap otot tubuhku namun aku masih lagi berbicara sebagai pena. Mari kita renung-renungkan seketika buat kesegaran jiwa yang mungkin tanpa sedar kita tersilap.



Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s.a.w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

Barisan Pertama Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

Barisan Ketiga Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Keempat Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

Barisan Kelima Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin.

Barisan Keenam Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Ketujuh Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan kesembilan Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kesebelas Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

So kenapa tajuk sebiji epal buat puteri?

Sebenarnya ianya ada kaitan dengan perkongsian di atas. Sebagai manusia tanpa sedar kita sentiasa melakukan kesilapan, mustahil untuk kita semua tidak melakukan dosa. Cuma antara sedar dan tidak kita mahu memperbaikinya menjadi lebih baik atau sebaliknya..... betul tak... 

Kita bayangkan sebiji epal yang masak ranung sudah pasti di idamkan oleh sesiapa saja namun dalam kita mengimpikannya, apa kita tahu isi di dalamnya masih elok ataupun telah  di makan ulat. Meskipun kita sering mendapati permasalahan dan kesilapan itu suatu yang tak terlepas dari seorang manusia namun disebalik itu kita di berikan peluang untuk memperbaikinya.


Langkah pertama membaiki setiap langkah yang sumbang,jom kita meneliti keindahan islam dan rahmat tuhan.

Apa-apa pun yang paling penting senyum ok... kerana allah maha penyayang lagi maha pengampun.
Jom!!! :)


2 comments:

Anna AlBukhari said...

SubhanAllah.. terima kasih atas perkongsiannya... :)

mustika pena said...

Sama-sama, perkongsian untuk semua. Insyaallah faedahnya buat semua, amin. :)