Waktu solat

Friday, 4 January 2013

Waktu dan aku

 Alhamdullilah,syukur kepada allah di atas segala nikmat dan pemberiannya  dapat jugak aku melaksanakan tuntutan dan kewajiban sebagai hamba mu di muka bumi ini ya allah. Untuk sekian kalinya aku membuka lembaran perkongsian ilmu bersama. Insyaallah,semoga ianya mampu memanfaatkan semua.

Walaupun semanjak dua ini kesihatan agak terganggu,namun tidak sekali pun terasa diri ini untuk jauh dari meneruskan niat hati.

Waktu sering kali menjadi bahan bicara setiap yang bergelar manusia,dan antara salah seorangnya adalah aku. Aku tidak pasti apa waktu itu semakin bergerak secara tidak teratur atau sebenarnya pergerakannya tidak pernah berubah yang berubah adalah aku?

Ya,aku telah mendapat jawapannya.

Sudah pasti kerana manusia itu sendiri,ya kerana diri aku sendiri dan kalian juga sama.

Hakikat sebenarnya manusia itu sering alpa dan sentiasa bercelaru dalam menguruskan masa/waktu. Hari ini kita boleh lihat kesibukan dalam menjalani rutin harian dan tanggunjawab kita kekadang tidak kecukupan waktu padahal hakikat jika kita bijak menggunakan masa tiada istilah tidak cuku masa. Kadang-kadang bila kita kerja dan bertugas kita tak mampu berhenti seketika untuk mengadap yang esa,sedangkan waktu itu miliknya. Miliknya nya yang dimaksudkan adalah waktu yang seharusnya kita melaksanakan kewajiban sebagai hamba allah yakni sembahyang.

Kalau di tanya apa sebab mengapa sampai begitu sekali,wajaran yang menjadi jawapannya sudah tentu tidak cukup waktu tidak sempat. Sedangkan hakikatnya,waktu itu tidak bersalah pun. Kalau saja waktu itu berbicara atau bisa gomong pasti dia akan  kata, : Bukan salah aku! kau tidak cukup waktu tapi ianya adalah salah kamu sendiri kerana tidak bijak menggunakan waktu.

Nah betulkan,kenapa nak salhkan waktu pulak sedangkan kita sendiri yang bertugas dalam mengurus waktu untuk diri kita sendiri.

So macam mana? what we should do?

1. Bersyukurlah kerana kita masih bersama waktu dan masih punya waktu untuk merubahnya menjadi lebih baik.

2. Cubalah dekatkan diri dengan yang esa,di tahu keresahan kamu dan pastinya lebih tahu yang kamu perlukan kelapangan. Itulah yang menjadikan kamu berbeza dengan orang lain,lebih lapang tau.

3. Jangan pernah jadikan masa sebagai penyebab kepada ketidak cukupan kamu dalam kehidupan harianmu.

4.Senyum sentiasa dan cuba perbaikinya sedikit demi sedikit yang penting berfikiran fositif.

5.Allah selalu bersama kamu,yakinlah....

Apa pun dalam hidup ini,kita perlu sentiasa bertindak dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dari masalah yang kita sedang tanggung. Jangan putus asa dan paling penting sebenarnya waktu itu amat bermakna dan untuk pengertahuan kamu waktu akan sentiasa bergerak dan kita,aku dan semua perlu tahu apa yang perlu dan apa yang mesti dilakukan.

Sekian,bicara untuk catatan ini.

 Salam ingatan dariku,mustika pena.

No comments: