Waktu solat

Wednesday, 7 November 2012

Aku,dia dan kamu

 Bukan senang dalam kehidupan ini untuk kita bangkit setelah pelbagai ujian datang menyesakkan dada. Aku  tahu allah itu maha adil . Sering juga aku mendengar keluh kesah dari hamba-hambanya termasuk juga aku. Memang sebagai hamba kita takkan mampu melarikan diri dari kesilapan dan sebenarnya kesilapan itu mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih baik dari sebelumnya. Aku tidak mengatakan aku seorang yang sempurna bahkan berdusta la aku jika aku mengatakan akulah manusia yang terbaik dari insan lain. Apa yang aku tahu setiap dari kita diberikan peluang kedua untuk membaiki setiap apa yang salah. Syukur alhamdullilah semuanya  semakin pulih dan sebahagian dari kenangan pahit itu akan menjadi pembakar semangat untuk aku lebih bertakwa dan bersabar dalam hidup ini.

Kenapa kita mesti malu untuk menangis di hadapannya,diakan kita katakan sebagai yang kita sayang. Dia yang kita katakan kekasih tapi pernahkah kita... anda semua dan aku sendiri mengerti apa yang kita sendiri katakan. Malu dan takut pabila melihat,membaca dan mendengar bait-bait kata yang terhias indah di kitab suci al-quran tapi setelah kembali ke realiti,masihkah ada pegangan dan rasa yang sama ketika bait-bait itu kita hayati.

Aku ialah diriku. Dia ialah tuhan ku, yang menguasai seluruh alam dan pemilik hati sekelian makhluk ciptaannya. Dan kamu... andalah  anda. Bukan maksudku menjatuhkan sesiapa jua yang membaca penulisan ini tapi mahu ku... kita semua mengerti di mana cinta kita. Ya... bicaraku mengenai cinta. Mencari cinta pada yang esa memcari cinta yang hakiki kerana manusia di anugerahkan rasa cinta yang kadang-kadang kita alpa dan tersesat dalam mencari kemana arah tujuan asalnya.

Kehilangan suatu yang menyakitkan,tidak kiralah kehilangan ibu bapa,sahabat,kekasih,guru-guru tetapi suatu yang lebih menyakitkan dan melukakan adalah apabila kita kehilangan cinta allah dan pengertian makna cinta.

Entah la,cinta ini memeningkan cinta bukan....hehehehehe. Aku,kamu dan kalian pasti merasai yang sama. Cuma bezanya skrip yang kita pegang sama ada penghujungnya luka atau gembira.Dalam islam sendiri sememangnya meminta kita berkasih sayang dan merasai rasa cinta namun jangan pula kita membeli cinta sehingga kita lupa bagaimana cinta itu seharusnya berlandaskan ajaran islam. Jangan buta kerana CINTA!

Sebelum kita cuba mencintai sesiapa sebaiknya kita mula mencintai diri kita sendiri dahulu dan selepas itu ,belajar mencintai kedua ibu bapa mu,belajar mencintai alam di sekeliling,belajar mencintai rasulmu,dan paling penting belajar mencintai pencipta mu dengan mengikut suruhannya dan belajar meninggalkan larangannya. Walaupun seburuk mana perlakuan kita pasti akn terdetik rasa menyesal dan taubat itu dari sudut hati yang paling dalam bukan.... kalau ragu cub atenangkan hatimu dan imbas kembali semuanya dan lihat ke dalam diri mu apa yang kamu rasa. Kerana itu ada dalam satu riwayat daripada Anas daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda yang bermaksud :

"Tidak sempurna iman salah seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri" ( Riwayat al-bukhari).


Jadinya di sini,konsep cinta itu terlalu luas dan sebelum kita mencuba rasa itu betulkan niat dihati. Jangan pula pabila kita gagal menjalaninya semuanya kita hilang tempat bersimpuh... jangan kita menjadi hamba cinta sehinggakan tidak mampu melihat cinta yang lebih agung dari allah s.w.t

Wassalam,untuk bicara ku kali ini... fikir-fikirkan lah bersama. Aku,dia dan kamu

No comments: